Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Isu Tatatertib: Bincang Dengan...

JOHOR BAHRU - Ibu bapa dinasihati berbincang dengan pihak sekolah terlebih dahulu sebelum...

Acara Trek & Padang...

KUALA LUMPUR - Acara trek dan padang Sukan SEA ke-29 tahun depan akan...

Teks Perjanjian TPPA Akan...

KUALA LUMPUR - Teks perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dihebahkan kepada umum dalam...

PTPTN Mahu Tubuh Wakaf...

KUALA LUMPUR : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menubuhkan wakaf pendidikan...

Isteri Eizlan Yusuf Fail Pengesahan Lafaz Cerai

Datin Vie Santie Harun, isteri kepada pelakon popular, Datuk Eizlan Yusof menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.

Semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Vie, Syamimi Ab Rahman memberitahu bahawa pihaknya telah menfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

Maka, Syamimi memohon penangguhan perbicaraan kes tersebut kerana saksi-saksi plaintif (Vie) yang akan membuat keterangan walau bagaimanapun tidak dapat hadir.

Pasangan tersebut juga tidak hadir pada prosiding itu kerana berada di luar kawasan. Eizlan, 44, selaku defendan tidak diwakili peguam.


Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 13 Januari depan sebagai tarikh perbicaraan dan meminta kedua-dua mereka untuk hadir bersama saksi masing-masing.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Julai 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Vie Zaara, Zareef Yusuf dan Vie Zaalia. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori