Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Berselfie Tanpa Henti Hingga...

Kuala Lipis - “Kak Yong gembira pada Ahad lalu selain tidak berhenti berselfie...

Kerja Tak Penat Tapi...

WALAUPUN ditawar gaji £40,000 (RM 14,000) sebulan, namun tiada siapa mahu melakukan kerja...

Kerajaan Bincang Cadangan Laksana...

KOTA BHARU - Kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh...

Remaja 15 Tahun Dibunuh...

MEW YORK - Seorang remaja 15 tahun sempat meminta air selepas cedera parah...

MPAJ Buru Pesalah Letak Kereta Mulai 29 November

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan memulakan `operasi’ memburu orang ramai yang gagal membayar kompaun letak kereta selepas 29 November ini.

Pemangku Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain berkata, , MPAJ akan mengambil tindakan mahkamah termasuk mendapatkan waran tangkap ke atas pesalah terbabit.

“Tindakan ini perlu diambil memandangkan orang ramai tidak memandang serius terhadap kompaun yang dikenakan oleh MPAJ.

“Sehubungan itu pemilik-pemilik kenderaan yang mempunyai tunggakan kompaun digesa menjelaskan tunggakan kompaun mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hamid bagaimanapun memaklumkan, MPAJ akan menawarkan pengurangan kompaun RM30 bagi setiap kompaun letak kereta bermula 1 November ini terlebih dahulu.


Menurutnya, tawaran kompaun itu bertujuan memberi kesempatan kepada orang ramai menjelaskan kompaun letak kereta yang bernilai RM1.5 juta pada tahun lalu.

Kata beliau, semakan dan bayaran kompaun boleh dibuat di ibu pejabat, kaunter bergerak dan pejabat-pejabat cawangan MPAJ.

Tambah beliau, bayaran kompaun boleh juga dilakukan secara dalam talian melalui alamat laman web http://icomm.mpaj.gov.my. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori