REMBAU – Mayat seorang warga emas ditemui tersangkut di celah pokok di Sungai Rembau pagi tadi selepas dia dipercayai terjatuh dari jambatan Kampung Nerasau di sini semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata mayat Mahat Yassin, 77, ditemui satu kilometer dari jarak dia terjatuh kira kira pukul 11.45 pagi.
Mangsa dimaklumkan keluar dari rumahnya kira-kira pukul 11 pagi semalam untuk mengambil pasir di kawasan sungai berkenaan sebelum dia dipercayai terjatuh dari atas jambatan ketika hujan lebat.
“Kehilangannya dilaporkan oleh anggota keluarganya sejak malam tadi, namun operasi mencari dan menyelamat hanya dapat dilakukan pukul 9 pagi tadi,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

