• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Perlu Jaga Kesihatan – Helmi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Mangsa banjir di pusat pemindahan diingatkan supaya mengutamakan kesihatan dengan memastikan air yang digunakan untuk makan serta minum adalah bersih.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Helmi Yahya berkata wabak penyakit yang sering berlaku akibat banjir mampu dielakkan jika semua mangsa menjaga kebersihan.

“Pegawai dan anggota Jabatan Kesihatan juga sentiasa memastikan mangsa banjir tidak mengalami masalah cirit-birit atau keracunan makanan di pusat pemindahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program khatan kira-kira 1,000 kanak-kanak di kawasan Parlimen Baling, di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu pegawai perubatan juga akan memastikan setiap mangsa yang akan kembali ke kediaman masing-masing bebas daripada sebarang penyakit atau wabak.

Sementara itu, mengenai program khatan itu, Ketua Umno Bahagian Baling, Datuk Abd Azeez Abd Rahim berkata setiap peserta yang menyertai program itu tidak dikenakan sebarang bayaran.

“Kami mempelawa sesiapa sahaja untuk menyertai program ini sehingga esok dan setiap kanak-kanak yang menyertai program khatan ini akan menerima saguhati wang tunai,” katanya.

Beliau berkata, lebih 100 paramedik serta pihak sukarelawan menyertai program itu termasuk beberapa orang mudim kampung. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd