• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Pasir Puteh Kekal 25 Orang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Paras air di semua sungai utama di Kelantan semakin surut dan menghampiri paras normal manakala mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Pasir Puteh hanya 25 orang setakat 9 pagi ini.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, mereka terdiri daripada lima buah keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja.

Cuaca di Kelantan pada sebelah pagi ini diramalkan baik dan hujan diramalkan pada sebelah petang.

Di TERENGGANU, keadaan banjir juga semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir berada di pusat pemindahan pada pagi ini berkurangan kepada 1,303 orang berbanding 1,521 orang semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negera (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, 1,286 orang di daerah Kuala Terengganu melibatkan 324 keluarga dan 17 orang daripada enam keluarga di Marang.

Katanya di Kuala Terengganu dua buah pusat pemindahan masih beroperasi iaitu di Sekolah Kompleks Gong Badak menempatkan seramai 1,213 orang dan Sekolah Kebangsaan Tok Jiring membabitkan 73 orang.

Menurut portal itu, banjir di daerah Dungun telah surut dan semua pusat pemindahan di daerah berkenaan telah ditutup semalam.

Sementara itu paras air di semua sungai utama di Terengganu berada pada paras normal. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd