• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Ramai Parakaunselor Atasi Penyakit Sosial

oleh Ahmad Albab
20/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mahu lebih ramai parakaunselor berdaftar di bawah kementerian berkenaan bagi memberi khidmat kaunseling kepada masyarakat.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pada masa ini hanya terdapat lebih 5,000 parakaunselor yang berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan jumlah itu tidak mampu memenuhi keperluan 30 juta rakyat negara ini.

“Dengan populasi rakyat Malaysia yang semakin meningkat serta dibebani pelbagai penyakit sosial dan psikologi, kementerian melihat betapa pentingnya keperluan parakaunselor yang terlatih untuk mengurangkan beban pakar kaunseling sedia ada.

“Sebab itu, kita mahu menggalakkan lebih ramai orang awam menjadi parakaunselor dengan berkhidmat sebagai kaunselor sukarelawan bagi memudahkan kementerian menyumbang khidmat kaunseling dengan lebih efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kecemerlangan Usahawan Wanita Wilayah Persekutuan 2014, di sini hari ini.

Rohani berkata dengan adanya parakaunselor, ia berpotensi mengatasi masalah seperti gejala buli dalam kalangan pelajar, penderaan kanak-kanak, masalah rumah tangga serta tekanan hidup yang semakin berleluasa.

Katanya orang ramai yang berminat menjadi parakaunselor perlu mendapatkan latihan kemahiran asas kaunseling di bawah Institut Sosial Malaysia sebelum boleh memberi khidmat kepada masyarakat.

Mengenai forum berkenaan, Rohani berharap ia mampu merangsang aktiviti keusahawanan yang dapat melahirkan usahawan wanita berilmu dan mampu bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd