• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Diaibkan Syria 3-0 Pada Aksi Persahabatan

oleh Ahmad Albab
13/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Skuad Harimau Malaya mempamerkan aksi hambar selepas diaibkan dengan kekalahan 3-0 kepada Syria yang hanya membariskan skuad bawah 23 (B-23) pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, Rabu malam.

Kekalahan itu merupakan yang ketiga dicatatkan skuad kendalian Dollah Salleh yang sebelum ini tewas dalam dua aksi persahabatan terdahulu.

Mereka kalah 4-1 kepada Tajikistan di Stadium Central Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos selain kecundang 2-0 kepada Indonesia pada 14 Sept lepas di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia.

Skuad Harimau Malaya hanya mencatatkan satu kemenangan iaitu mengalahkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam pada 20 Sept lepas.

Pada aksi malam ini, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang agak perlahan pada babak awal separuh masa berikutan hujan lebat namun nasib lebih menyebelahi Syria yang membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi sepakan ‘voli’ daripada luar kotak penalti oleh Nadim Sabag.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad negara kembali memperkemas jentera serangan bagi mencari gol penyamaan namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Syria dan keputusan itu kekal sehingga separuh masa perlawanan.

Bersambung babak kedua, skuad negara melancarkan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan namun pasukan Syria yang sebaliknya menggandakan jaringan hasil sentuhan penyudah kapten, Sanharib Malki pada minit ke-47.

Kesilapan barisan pertahanan negara yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasan penalti negara dimanfaatkan oleh pasukan Syria yang menambah gol ketiga menerusi tandukan Omar Khrbin pada minit ke-66.

Malaysia akan menentang Vietnam pada aksi terakhir perlawanan persahabatan di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam, Ahad ini.

Perlawanan berkenaan adalah sebagai persiapan terakhir skuad Harimau Malaya sebelum beraksi pada Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dari 23 hingga 29 Nov ini di Singapura.

Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan berdepan Myanmar pada 23 Nov diikuti pertemuan dengan Thailand pada 26 Nov dan kedua-dua perlawanan berkenaan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Skuad negara akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional Singapore Sports Hub pada 29 Nov.

Vietnam yang menjadi tuan rumah bersama, akan mengetuai cabaran kumpulan A bersama tiga pasukan lain iaitu Filipina, Indonesia dan Laos.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir yang diadakan mengikut format timbal balik. – BERNAMA

Tags: Harimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd