• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Syura PAS Kekal Hukuman Gantung Saari, Hasnul

oleh Ahmad Albab
12/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Syura Ulama Parti Islam Semalaysia (PAS) mengekalkan hukuman penggantungan keahlian terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Hulu Kelang, Saari Sungib dan Hasnul Baharudin dari Morib.

Keputusan tersebut didedahkan sendiri Saari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Selangor, yang menerima sepucuk surat melalui perkhidmatan kurier pada Jumaat lalu, manakala Hasnul menerimanya sehari sebelum itu.

Namun, ujarnya kepada portal MStar, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

“Dalam surat tersebut memaklumkan penggantungan keahlian saya dan Hasnul dikekalkan. Apapun saya masih boleh menjalankan tanggungjawab sebagai Adun PAS, cuma tidak boleh terlibat dengan sebarang aktiviti parti di peringkat kawasan mahupun negeri.”

Tambah beliau lagi, beliau juga masih kekal sebagai Adun Pakatan Rakyat (PR) dan masih menjalankan kewajipannya sebagai Adun seperti biasa.

Adun Morib, Hasnul Baharudin pula berkata, dia terpaksa menerima keputusan tersebut yang telah diputuskan dengan berat hati.

“Nak buat macam mana, saya kena menerima keputusan yang telah dibuat. Dalam surat tersebut memaklumkan penggantungan tersebut kekal dan jika mengikut perlembagaan parti, saya tidak boleh merayu lagi.”

Walaupun keputusan dilihat tidak menyebelahinya, namun ujat Hasnul, dia akan tetap bersama PAS sambil menjelaskan, tujuan beliau menandatangani akuan bersumpah (SD) hanya untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat.

“Selagi PAS bersama PR, saya tetap akan bersama mereka.”

WANAZIZAHPC_140814_TMIAFIF_008

Untuk rekod, Saari dan Hasnul telah menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan menyokong Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipaksa turun.

Kedua-dua Adun itu kemudiannya dipanggil Jawatankuasa PAS Pusat bagi memberi penjelasan kerana membuat kenyataan bercanggah dengan pendirian parti tersebut.

Lalu, pada 11 Oktober lalu, Jawatankuasa PAS membuat keputusan untuk menggantung keahlian kedua-dua Adun tersebut selama setahun berkuatkuasa serta merta.

Namun, selang dua minggu kemudian, Saari dan Hasnul membuat rayuan terhadap hukuman. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: pakatan rakyatPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd