• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mahasiswa Lain Tekun Belajar, Yang Melayu Asyik Demonstrasi’

oleh AK-47
08/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA  — Mahasiswa Melayu digesa supaya mengelak daripada menyertai demonstrasi sia-sia sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelajaran demi meraih ilmu untuk merubah masa depan orang Melayu.

Setiausaha Agung Kelab Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub
Setiausaha Agung Kelab Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub

Gesaan dibuat Setiausaha Agung Kelab Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub yang berkata sebagai golongan cerdik pandai, mahasiswa Melayu sepatutnya boleh berfikir dengan waras dan mengelakkan diri mereka daripada menjadi alat kepada pihak tidak bertanggungjawab khususnya pembangkang untuk menjayakan agenda pihak itu sendiri menerusi demonstrasi yang dianjurkan.

Beliau berkata ketika mahasiswa bangsa lain gigih menimba ilmu, mahasiswa Melayu sebaliknya hanyut dibuai sogokan dan racun reformis palsu dalam demonstrasi yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada negara malah bakal menghancurkan bangsa Melayu.

“Kita lihat banyak demonstrasi diadakan antaranya Bersih dan yang terbaharu rempuhan di Universiti Malaya (UM) yang realitinya ramai daripada mereka orang Melayu malah ramai yang bergelar mahasiswa. Bila mahasiswa Melayu sibuk bertempur di jalanan, mahasiswa bangsa lain sibuk membaca buku.

“Apa tujuan mereka menyertai demonstrasi. Jika mahu menjadi reformis banyak ruang mereka untuk bersuara disediakan kerajaan seperti Parlimen Belia. Tiada apa yang mereka capai sehingga sekarang kecuali hanya penuhi agenda pihak tertentu dan menyusahkan orang ramai,” katanya.

Pihak UM kini menjalankan siasatan dalaman ke atas lapan orang mahasiswanya termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol atas pelbagai dakwaan antaranya menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran sehingga menyebabkan kejadian rempuhan pagar di universiti itu pada 27 Okt lepas.

Dilaporkan sebuah perhimpunan ‘Occupy University’, akan diadakan bagi menyokong lapan mahasiswa itu yang bakal dihadapkan ke Lembaga Tatatertib UM Jumaat ini.

Mustapha berkata mahasiswa Melayu sepatutnya tidak terlibat dengan perjuangan sia-sia pembangkang untuk mendapatkan sokongan politik seperti isu mahukan pendidikan percuma yang sepatutnya tidak menjadi isu kepada mahasiswa Melayu.

mahasiswa

“Belajar betul-betul dapat keputusan cemerlang, maka dapatlah tukar pinjaman kepada biasiswa dan dapatlah pendidikan percuma yang kerajaan belanja ratusan juta ringgit untuk menampung kaedah pertukaran pinjaman kepada biasiswa,” katanya.

Beliau berkata generasi veteran Melayu sangat mengharapkan kesinambungan hidup dan hak orang Melayu dapat dipertahankan oleh mahasiswa Melayu, tetapi perkara sebaliknya yang berlaku.

Mahasiswa Melayu sepatutnya memanfaatkan peluang yang diberikan kepada mereka untuk belajar di menara gading bagi memperkukuh jati diri dan minda mereka supaya boleh menjadi pejuang bangsa sebenar, katanya.

— BERNAMA

Tags: demonstrasimahasiswa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Saksikan Demonstrasi Udara Sukhoi Su-57E Oleh ‘Hero Of Russia’ – Sergei Bogdan

Sultan Ibrahim Saksikan Demonstrasi Udara Sukhoi Su-57E Oleh ‘Hero Of Russia’ – Sergei Bogdan

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyaksikan demonstrasi jet pejuang pelbagai peranan generasi kelima, Sukhoi Su-57E...

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd