• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lukisan Di Kaki Bukan Tatu – Kaka Azraff

oleh Ahmad Albab
07/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan lakaran yang terdapat di kaki kanannya hanyalah sekadar lukisan yang dilakukan secara suka-suka dan ia tidak kekal lama.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 25, berkata, lukisan itu dibuat oleh seorang rakannya yang pandai melukis dan menjalankan perniagaan lukisan inai.

“Ia bukan tatu tetapi lukisan daripada dakwat pen yang dibuat oleh seorang kawan. Kami bila bertemu memang akan buat perkara-perkara pelik.

“Kawan saya ada kedai inai dan dia seorang yang pandai melukis, jadi saya muat naik gambar itu sebab segaja menghargai hasil kerja seni dia. Saya belum gila lagi untuk buat tatu kekal di kaki,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

kakikaka
Lukisan di kanan Kaka dikritik pengikut Instagram

Kaka diminta mengulas tentang gambar lukisan di kaki yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Rabu.

Gambar tersebut telah menerima kecaman daripada pengikut-pengikut Instagram yang menyangka ia sebagai lukisan tatu yang kekal.

Manakala, ada beberapa pengikut yang menganggap lakaran tersebut tidak sesuai dimuat naik kerana menyerupai lambang sebuah agama.

Dalam pada itu, Kaka turut menafikan lukisan kompas itu ada kaitan dengan agama yang dimaksudkan.

“Lukisan itu ialah bentuk kompas dan tiada kaitan dengan mana-mana agama. Saya tidak ada niat pun untuk membuat lukisan yang menyentuh sensitiviti masyarakat atau mana-mana agama.

“Mereka tiada apa ingin komen dan sengaja jadikan perkara itu sebagai sesuatu yang nampak seperti isu besar,” katanya.

Sementara itu, Kaka berkata, dia sudah menjelaskan perkara tersebut di ruang komen pada gambar yang dimuat naik itu bagi mengurangkan perbalahan sesama pengikutnya. – mStar Online

Tags: Artispenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd