Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Gajah Mengamuk Pijak Kereta

LIMA individu bernasib baik apabila berjaya keluar untuk menyelamatkan diri apabila kenderaan mereka...

Tiada Beg Plastik Pada...

KUALA SELANGOR : Kerajaan Selangor bercadang untuk menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik di...

RM12 Juta Sedia Makanan...

PUTRAJAYA - Kerajaan memberikan jaminan untuk menjaga kebajikan 74,530 pelajar institusi pengajian tinggi...

Himpunan Aidilfitri, Kaamatan, Gawai...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari...

Liverpool Sudah Belajar Erti Perit, Sedia Temu Chelsea

LIVERPOOL – Brendan Rodgers berkata Liverpool mahu membuktikan mereka sudah belajar kesilapan, musim lalu tewas kepada Chelsea apabila pemainnya bakal turun ke gelanggang dalam misi membalas dendam ke atas pendahulu liga itu, esok.

The Reds melepaskan peluang terbaik menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali sejak 1990

selepas kesilapan berharga daripada Steven Gerrard menyaksikan mereka tewas 2-0 di Anfield, April lalu.

Kekalahan anak didik Rodgers itu sekadar membantu laluan Manchester City dimahkotakan selaku juara.

“Kami sudah belajar daripada kesilapan itu. Ini cabaran baharu dan sudah pasti ia satu perlawanan sukar bagi kami,” kata Rodgers.


“Mereka belum kalah lagi dan pasukan terkuat ketika ini dalam liga. Sebab itu mereka berada di tangga teratas. Bagi kami keyakinan tetap tinggi setiap kali beraksi di Anfield tanpa mengira siapa lawan kami.

“Kami yakin kami dapat turun ke gelanggang dan mendapat keputusan baik nanti.”

Rodgers membuat kejutan pada pertengahan minggu ini apabila menentang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara tanpa kapten, Steven Gerrard dan pemain tonggak lain – Raheem Sterling, Mario Balotelli, Jordan Henderson, Glen Johnson, Dejan Lovren dan Philippe Coutinho.

Liverpool tewas 0-1 dan mengundang pelbagai kritikan daripada bekas pemain, pegawai, pemerhati bola sepak dan juga Jose Mourinho. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori