• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Pemilik Kereta Batman Yang Dihasilkan Sendiri

oleh AK-47
11/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika ramai peminat filem superhero Batman mengumpul model figura bintang komik itu, Zac Mihajlovic, 29, dari Camden, New South Wales, Australia, membina kereta Batmannya sendiri.

Zac menghabiskan masa kira-kira dua tahun untuk menghasilkan model kereta yang dibenarkan dipandu di atas jalan raya biasa diilhamkan dari kereta asal Batman tahun 1989 yang dibintangi Michael Keaton.

Hasilnya, dia kini boleh berbangga kerana memiliki satu-satunya kereta Batman yang berfungsi dan berdaftar secara sah di Australia.

Oleh kerana memiliki aset yang sedemikian rupa, Zac pernah diberikan tawaran lumayan sehingga enam angka untuk menjual keretanya itu tetapi dia enggan sebaliknya menggunakan kereta tersebut untuk menggembirakan kanak-kanak sakit.

“Ia adalah kepuasan dan kebanggaan saya, saya akan mati dalam keadaan gembira,” katanya memetik artikel di Oddity Central.

Ketika Zac obses dengan kereta Batman, dia baru sahaja berusia lima tahun.

“Saya menyukai Batman kerana dialah satu-satunya adiwira yang tidak mempunyai kuasa luar biasa sehingga menjadikan watak itu lebih dekat dengan manusia biasa,” katanya.

Untuk merekabentuk Batmobile, Zac menggabungkan obsesinya kepada Batman dengan minat kedua dalam hidupnya iaitu membina kereta.

Batman_2
Zac sesekali memakai kostum Batman dan memandu kereta menakjubkan miliknya itu di sekitar bandar New South Wales dan menggembirakan kanak-kanak.

Kali pertama Zac mendapat ilham membina kereta itu adalah empat tahun lepas, sebelum dia bersedia melakukannya dengan bantuan rakannya Scott Cox serta bimbingan datuknya John Greene, seorang jurutera bersara.

Dua tahun merupakan masa yang diambil Zac untuk mengumpul bahagian keretanya. Dia bagaimanapun bertuah kerana berjaya mendapatkan beberapa bahagian yang benar-benar digunakan di dalam filem itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: AustraliaFILEMkereta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd