• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan TPM Akan Meningkatkan Kerjasama Strategik M’sia-China

oleh Ahmad Albab
30/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama enam hari ke China bermula Ahad akan meningkatkan lagi perkongsian strategik komprehensif kedua-dua buah negara termasuk ke arah mencapai sasaran dagangan dua hala sebanyak US$160 bilion (RM528 bilion) pada 2017.

Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Sarudin Ahad berkata Muhyiddin dijadual bertemu 500 pemimpin industri terkemuka China semasa dialog meja bulat dan makan malam, di sini, pada Selasa.

Muhyiddin dijangka menggalakkan lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) dari China ke Malaysia dalam kedua-dua mesyuarat itu.

Malaysia menarik US$920 juta (RM3 bilion) FDI dari China tahun lepas berbanding US$646 juta (RM2.1 bilion) pada tahun 2012.

Muhyiddin akan mengunjungi Timbalan Perdana Menteri China Zhang Gaoli di Great Hall of the People, pejabat timbalan perdana menteri itu, di sini, Isnin.

“Ini akan menjadi mesyuarat rasmi pertama antara kedua-dua pemimpin,” kata Iskandar, sambil menambah bahawa lawatan Muhyiddin adalah atas jemputan Zhang.

Muhyiddin juga akan mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia dalam satu majlis makan malam, di sini, Isnin.

Pada Selasa, Muhyiddin dijadual melawat Beijing Foreign Studies University (BFSU), di sini, di mana beliau akan dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat atas sumbangannya dalam bidang pendidikan.

Iskandar berkata Muhyiddin dijangka mengambil peluang untuk mengantarabangsakan Bahasa Melayu di BFSU semasa lawatan ke universiti itu yang menawarkan pengajian bahasa Melayu.

Muhyiddin juga dijadual melawat Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Huawei di sini, satu daripada penyedia penyelesaian ICT terkemuka di dunia, pada Selasa.

Beliau akan berlepas ke Shanghai pada malam Selasa di mana beliau akan melawat institusi pendidikan dengan tumpuan kepada program untuk penilaian pelajar antarabangsa pada hari berikutnya.

Pada Khamis, Muhyiddin akan berada di Chongqing di mana beliau dijadual untuk berucap di Forum Ekonomi China Sedunia kali ke-6 sebelum berlepas pulang ke tanah air pada Jumaat. – BERNAMA

Tags: ChinaMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Harus Sasar Jadi Mini-Korea, Mini-Taiwan – Timbalan Menteri Kewangan

Malaysia Harus Sasar Jadi Mini-Korea, Mini-Taiwan – Timbalan Menteri Kewangan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia harus menyasarkan untuk menjadi Mini-Korea atau Mini-Taiwan dalam bidang teknologi dengan menghimpunkan modal, pekerja dan syarikat....

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP mengakui reformasi proses pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di Malaysia masih perlahan. Pengerusi DAP Johor, Teo...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd