• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Latah Juak Anwar Bila Jokowi, Jusof Tak Mahu Ikut Campur

oleh AK-47
03/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sayang sekali, di saat ukhwah antara Malaysia dengan presiden baharu Indonesia Joko Widodo atau Jokowi berada di landasan muhibah, ada rakyat negara ini cuba menjadi batu api untuk melagakan dua pemimpin negara Islam ini.

Itulah boleh digambarkan apabila sebuah laman web pro pembangkang mengecam kenyataan Jokowi dan Naibnya, Jusof Kalla yang enggan masuk campur kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Kenyataan Jokowi dan Jusof bahawa Mahkamah Malaysia sudah cukup adil untuk menentukan keputusan perbicaraan malah ditertawakan penulis tak patriotik ini dengan menambah bahawa Mahkamah Malaysia setaraf mahkamah kangaroo.

Hakikat sebenarnya, ini adalah kenyataan sakit hati penulis tersebut mewakili juak Anwar lain, yang suka benar jika kuasa luar termasuk Indonesia yang diakui sendiri dalam artikel ini mempunyai pengaruh kuat hingga boleh mempengaruhi keputusan mahkamah, terheret sama dalam perjuangan mereka.

Justeru pendirian terbaik Widodo yang tidak mahu mencampuri urusan negara ini apatah lagi beliau sedang melalui fasa penting mengatur kerajaan sendiri tergamak dipertikai rakyat negara ini.

Ibarat kanak-kanak bila sakit hati kalah dalam permainan, penulis blog pun mula mencarut.

Carutan dimaksudkan bila tak semena-mena, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor diheret sama. Ibaratnya kanak-kanak bermain tadi; ‘kalau kalah pun janji lawan sakit hati tak apalah’.

Hujahnya, sepotong video pendek Rosmah menyiku Najib yang sengaja diviralkan sendiri juak-juak Anwar ini dalam kalangan mereka.

Pelik juga perangai manusia kadang-kadang, sesetengah bergelar lebai tapi ikut sama mentertawakan perkara yang entahkan fitnah, tapi satu dah pasti, mengaibkan manusia lain.

Dek kerana perlakuan sesaat yang diulang-ulang, ia dijadikan modal lawak dan kini melarat kononnya Rosmah menakutkan Jokowi dan Jusof.

Tak cukup itu seorang wanita, isteri dan ibu diaibkan, caci diteruskan ke tahap wanita tersebut membawa liabiliti kepada suaminya berbanding masa depan politik.

Sebenarnya wahai penulis artikel jahat, sikap-sikap munafik anda dan rakan-rakan perjuangan sealiranlah yang rasanya ditakuti Jokowi dan Jusof untuk masuk campur berkaitan perbicaraan sekarang.

Bayangkan kalau isteri orang anda berani ulas begini panjang lebar berpandu perbuatan sesaat di majlis negara mereka, pasti Jokowi dan Jusof pun gerun apa jadinya kalau masing-masing membawa bini mereka ke sini kelak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: blog pembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR, PPBM Gagal Bentuk Blok Pembangkang

14/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mencapai persetujuan untuk bergabung dibawah satu gabungan parti...

Melayan Kerasukan Blog Pakatan Rakyat, Sekali Sekala…

03/11/2014
0

* Sebelum membaca komen kami, silakan baca artikel yang disiarkan di satu laman blog pro pembangkang ini dahulu: Penyokong bolasepak Pahang dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd