* Sebelum membaca komen kami, silakan baca artikel yang disiarkan di satu laman blog pro pembangkang ini dahulu:
Penyokong bolasepak Pahang dan Johor JDT yang berebut-rebut membeli tiket perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil malam ini, memang bodoh. Bolasepak itu sendiri pun dah sukan bodoh, sebiji bola 22 orang berkejar, tak kah bodoh namanya?
Apa pun, penyokong Johor JDT lebih bodoh lagi kerana semua orang tahu keputusan perlawanan malam ini telah diatur lebih awal terlebih dahulu. Selain judi dan bookie, sumber menyatakan, puaka Rosmah juga menjamin Pahang akan menang dalam perlawanan tersebut.
Suami Rosmah, Najib, berasal dari Pahang.
Jangan main-main dengan puaka Rosmah, sebelum ini bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang lama menghilang diri ke luar negara, tiba-tiba mati mengejut tidak lama setelah balik semula ke negara ini.
Semua ini dikaitkan dengan puaka Rosmah yang mengganas.
Kalau diikut dari sejarah, bukan sekali ini puaka Rosmah mengganas. Banyak kejadian-kejadian pelik di negara ini sebenarnya dilakukan puaka Rosmah, kita sahaja yang tidak tahu sebab kerajaan menyembunyikan perkara ini.
Nasihat aku kepada penyokong-penyokong JDT, usahlah buang masa menonton perlawanan tersebut di stadium. Jauh perjalanan dari Johor ke Bukit Jalil, bukan sikit wang yang dikeluarkan, untuk apa? Untuk lihat Pahang membelasah JDT?
Ikut sumber yang tahu peranan puaka Rosmah dalam perlawanan malam ini, Pahang akan menang perlawanan tersebut dengan jaringan 2-1. Puaka Rosmah dah tentukan begitu.
——-
* Dah baca? Ok pastikan anda tarik nafas, hembus… dan baca komen kami di bawah.
PUAKA secara harfiah adalah sesuatu yang menghantui.
Maka bolehlah kami katakan, seorang penulis artikel panas baran sedang kerasukan puaka yang membuatkan apa sahaja dipandang semuanya ternampak kelibat isteri Perdana Menteri kita, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bayangkan pandang presiden negara seberang terlihat Rosmah.. dan sekarang nampak tiket akhir Piala Malaysia malam ini pun terbayang Rosmah. Parah!
BERKAITAN, SILA BACA: Latah Juak Anwar Bila Jokowi, Jusof Tak Mahu Masuk CampurÂÂ
Orang pun berpolitik juga bang, but please get a life.
Di saat Najib yang sibuk urusan negara pun sempat mengikuti perkembangan sukan dengan memberi kata-kata perangsang pada pasukan JDT dan Tok Gajah untuk game malam ini, si polan dari kem sebelah sana tercari-cari celah mana dapat dikutip poin dosa menabur fitnah dan melaga orang.
Pada penyokong pasukan JDT, dibisikkan kononnya mereka bodoh kerana keputusan malam ini sudah diatur terlebih dahulu memihak pada Pahang gara-gara… Rosmah (lagi).
(Istighfar sekejap).
Apa kena mengena bola dengan Rosmah pula?
Kata penulis panas baran ini, ada sumber bagi tahu Puaka Rosmah sudah atur keputusan malam ini di mana Pahang bakal menang 2-1.
WOW, setahu kami ramalan perkara yang belum berlaku seperti ini bukan ajaran Islam dan ia adalah kerja syaitan.
Jadi sekarang persoalannya, SIAPA sebenarnya puaka? – MYNEWSHUB.CC