• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Kuda Maut Di Litar Australia

oleh
05/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter
Perlumbaan kuda berprestij Piala Melbourne di Australia bermula sejak tahun 1861.

MELBOURNE – Kejohanan berprestij Piala Melbourne sekali lagi dicemari insiden buruk apabila beberapa ekor kuda mati atau cedera parah ketika menyertai perlumbaan elit yang memasuki edisi ke-153 tahun di litar terkenal Flemington di sini semalam.

Kematian kuda pilihan dari Jepun, Admire Rakti akibat pukulan cemeti si penunggangnya hasil bedah siasat pihak koroner turut mencetuskan bantahan awam di Australia yang mendesak penggunakan tali cambuk itu dikaji semula atau pun diharamkan terus.

Kuda berusia tujuh tahun itu rebah sebelum maut di kandangnya ekoran kecederaan teruk sebelum memasuki perlumbaan terakhir pada Isnin manakala rakannya, Araldo juga parah kerana kibaran bendera oleh penonton yang berada terlalu hampir dengan litar.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut tragedi berdarah menimpa kuda perlumbaan dalam kejohanan termahal di dunia dengan jarak litar 3.2 kilometer itu selepas kuda bernama Verema menemui ajal akibat patah tulang belakangnya pada tahun lalu.

Badan hak asasi haiwan, Coalition for the Protection of Racehorses mendakwa, sebanyak 125 ekor kuda maut di beberapa litar di seluruh Australia antara 1 Ogos 2013 sehingga 31 Julai 2014 ekoran pukulan keras tali cemeti oleh si penunggang atau joki.

“Kami percaya tekanan kuat melangkau had fizikal hayunan tali cambuk itu selain penggunaan kuda muda berusia kurang dua tahun pengalaman berlumba antara faktor kematian banyak kuda,” kata jurucakap badan itu, Ward Young. – Agensi

Tags: AustraliaKuda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

14/12/2025
0

SYDNEY, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan yang menggemparkan Bondi Beach, antara pantai paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd