• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuching Kini Bebas Aktiviti Judi Siber Haram

oleh Ahmad Albab
04/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad hari ini mengisytiharkan Kuching kini bebas daripada aktiviti perjudian siber haram.

Katanya, kesemua premis perjudian haram di kawasan bandar raya Kuching Selatan dan Utara sudah ditutup berikutan serbuan dan tindakan yang diambil pihak polis secara besar-besaran selama seminggu lalu.

“Hari ini saya boleh beri jaminan kegiatan perjudian siber haram adalah sifar di bandar raya Kuching Selatan dan Utara tetapi kemungkinan ada mesin-mesin yang ada di dalam premis terbabit,” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis daerah Kuching di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan pihak polis tidak dapat merampas kesemua mesin perjudian terbabit disebabkan pihaknya memerlukan waran geledah daripada mahkamah untuk menggeledah dan merampas mesin-mesin berkenaan.

Katanya, pihak polis sedang bekerjasama dengan majlis berkuasa tempatan untuk mendapatkan waran geledah daripada mahkamah supaya tindakan menggeledah dan menyita mesin perjudian terbabit boleh dilakukan dengan segera.

Bagaimanapun, katanya pihak polis kini memantau pusat perjudian terbabit untuk memastikan ia tidak beroperasi semula dan meminta kerjasama orang ramai supaya memaklumkan kepada pihak polis sekiranya mereka mempunyai maklumat tentang premis yang beroperasi semula agar tindakan segera dapat dilakukan.

Menurut Roslan, pihaknya membuat 175 serbuan dengan 247 tangkapan serta merampas 2,122 unit mesin perjudian siber dan wang rampasan sebanyak RM20,722.

Selain itu, katanya polis Kuching turut membuat 11 tangkapan berkaitan perjudian semasa bola sepak Piala Dunia sepanjang Jun lalu.

Pada sidang media sama, Roslan turut memaklumkan polis daerah Kuching melakukan 1,319 tangkapan membabitkan pelbagai kesalahan jenayah berbanding 1,155 tangkapan yang dilakukan sepanjang tahun lepas.

Katanya, jumlah tangkapan itu tidak termasuk mereka yang ditangkap kerana kesalahan narkotik dan jenayah komersial.

Roslan berkata kadar jenayah indeks di bandar raya ini turut menunjukkan penurunan sebanyak 17.41 peratus.

Katanya pada tahun lalu pihaknya merekodkan 2,286 kes bagi tempoh Jan hingga Okt berbanding 1,888 kes bagi tempoh yang sama tahun ini.

“Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan penurunan kes yang dicatatkan, iaitu sebanyak 17.41 peratus walaupun KPI yang ditetapkan adalah lima peratus, tetapi sasaran kita adalah jenayah sifar,” tambahnya.

Sehubungan itu, Roslan menyatakan rasa kesal terhadap tanggapan segelintir pihak yang mengatakan kadar jenayah di bandar raya itu meningkat, sambil
menyifatkan mereka sengaja membutakan mata sedangkan pelbagai usaha dilakukan pihak polis untuk memerangi jenayah.

Terdahulu Roslan menyampaikan pingat kenaikan pangkat dan surat penghargaan kepada 110 anggota polis berpangkat konstabel hingga ke sarjan serta surat penghargaan kepada empat orang yang membantu pihak polis membanteras jenayah. – BERNAMA

Tags: mesin judisarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd