• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuasa Barat Mahu PBB Senarai Hitam Ansar Al-Sharia

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Perancis, Britain dan Amerika Syarikat (AS) mahu jawatankuasa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan kumpulan ekstremis Libya, Ansar al-Sharia dalam senarai pengganas PBB kerana hubungannya dengan al-Qaeda.

Ansar al-Sharia sudah pun berada dalam senarai pengganas AS kerana peranannya dalam serangan pada September 2012 ke atas konsulat AS di Benghazi, yang mengorbankan dutanya dan tiga rakyat Amerika lain.

Penyenaraian dalam senarai pengganas PBB bermakna ahli kumpulan terbabit tertakluk kepada larangan visa, pembekuan aset dan sekatan senjata, dan langkah itu juga memutuskan hubungannya dengan arus perdana politik.

September lalu, Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius memberitahu satu mesyuarat berasingan ketika menghadiri Perhimpunan Agung PBB bahawa kumpulan terbabit perlu disekat sebagai langkah untuk menghalang Libya daripada terjerumus dalam keganasan.
Dalam dokumen kepada Majlis Keselamatan, ketiga-tiga negara berkenaan meminta Ansar al-Sharia Benghazi dan Ansar al-Sharia Derna disenarai hitamkan atas alasan kedua-dua kumpulan itu mempunyai hubungan dengan al-Qaeda.

Sayap Benghazi itu juga didakwa mengendalikan beberapa kem latihan pengganas bagi membantu kumpulan di Iraq dan Syria serta Mali pada 2012.

Dokumen itu juga menyatakan bahawa 12 daripada 24 anggota jihad yang menyerang kompleks gas In Amenas Algeria pada 2013 dilatih di kem Ansar al-Sharia diBenghazi, bandar raya kedua terbesar di Libya. – AFP

Tags: PBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd