• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klinik Sementara Di Pusat Pemindahan Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan akan menempatkan klinik sementara di pusat pemindahan yang mempunyai lebih 1,000 mangsa banjir bagi kemudahan mereka, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata selain itu turut disediakan klinik bergerak menggunakan bot atau kenderaan pacuan empat roda yang akan melakukan rondaan berjadual untuk memberi bantuan segera kepada mereka yang memerlukan.

Petugas kesihatan terlibat juga akan memberi khidmat nasihat dari segi kebersihan persekitaran dan amalan pemakanan kepada mangsa banjir, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Syoknya Balik Pulau di sini hari
ini.

Beliau menasihatkan mangsa banjir agar mengikut arahan dikeluarkan pegawai kesihatan dari semasa ke semasa bagi mengelak jangkitan penyakit terutamanya wabak bawaan air dan makanan tercemar.

“Adalah penting sentiasa minum, memasak dan mandi menggunakan air bersih bagi mengelak penularan taun yang disebabkan bakteria yang terdapat di dalam air kotor,” katanya.

Hilmi turut mengingatkan ibu bapa memastikan anak-anak mereka tidak mandi atau bermain air banjir kerana ia dikhuatiri bercampur dengan najis berpunca dari tangki septik yang melimpah.

Terdahulu beliau melepaskan 500 pelatih dari 10 buah institusi dan kolej latihan perubatan di wilayah Utara untuk menjelajah 20 kampung di sekitar Parlimen Balik Pulau bagi mempromosi gaya hidup sihat kepada penduduk kampung.

Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata mereka terdiri daripada pelatih pergigian, jururawat, farmasi dan pembantu perubatan akan turut menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan kepada penduduk sebagai langkah awal menangani penyakit tidak berjangkit. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd