• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Marah, Guan Eng Cakap Ucapan Beliau Rasis

oleh AK-47
27/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari ini dengan tegas menyuarakan rasa marah dan kecewa kepada laman media sosial pro-Pakatan Rakyat yang menyifatkan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO hari ini sebagai satu perhimpunan yang bersifat perkauman.

Beliau jelas marah apabila melayari laman media sosial berkenaan yang tidak didedahkannya ketika Perhimpunan Agung Pemuda berlangsung apabila perhimpunan berkenaan dituduh dengan tohmahan sedemikian rupa.

“Dalam ucapan dasar saya, saya sebut bahawa orang Melayu tidak lagi mempertikaikan hak orang bukan Melayu, justeru kita minta dan mendesak orang bukan Melayu menghormati hak orang Melayu.

Petikan kenyataan Lim Guan Eng yang mencetuskan kemarahan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Petikan kenyataan Lim Guan Eng yang mencetuskan kemarahan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Kenyataan penuh Lim Guan Eng

“Itu dijadikan ‘headline’ dan itu dikatakan sebagai rasis (perkauman).. Kenyataan telah dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengatakan saudara KJ adalah seorang yang rasis,” kata Khairy.

Khairy ketika itu menyampaikan ucapan penangguhan perhimpunan pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

“Saya cakap dalam ucapan saya, jangan pertikaikan kedudukan dan hak orang Melayu, ada yang jawab “Tidak ada sesiapapun yang mempertikaikan hak dan kedudukan orang Melayu, UMNO takut dengan bayang-bayangnya sendiri”.

“Saya nak tanya kepada saudara-saudara, betul ke hari ini tiada sesiapa yang mempertikaikan orang Melayu dan hak orang Melayu?,” tanya Khairy dijawab dengan jawapan marah oleh para perwakilan Pemuda UMNO sebagai reaksi kepada kenyataan Lim berkenaan.

Menurut beliau, sebaik sahaja kenyataan Lim itu dibacanya beliau membuka laman sosial Twitter dan terbaca satu kenyataan yang benar-benar bercanggah dengan kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkenaan.

“Elok sahaja dia kata tidak ada orang yang mempertikaikan orang Melayu, saya bukak Twitter.. cerita semalam, diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bahawa kita nak tukar nama beberapa jalan-jalan besar di Kuala Lumpur sempena dengan nama Raja-Raja Melayu.

“Ini cakap soal nak namakan jalan, “Apakah sumbangan mereka Yang diPertuan Agong sehingga perlu diberikan penghormatan sebegitu rupa, sekurang-kurangnya (Mendiang) Karpal Singh ada berbakti kepada bangsa,” kata Khairy.

Khairy membacakan tweet berkenaan di telefon pintarnya di hadapan lebih 900 perwakilan yang mendengar ucapannya di dewan berkenaaan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan perwakilan Pemuda UMNO.

“Saya kata kenapa nak kecoh? di Pulau Pinang jalan di Pulau Pinang telah dinamakan Jalan Karpal Singh, tiada siapa pun bising.

“Ada yang tulis juga, saya tidak bersetuju dengan apa-apa kontrak sosial, saya tidak menandatangani apa-apa kontrak sosial, saya tidak terikat kepada apa-apa kontrak sosial,” kata Khairy.

Khairy berkata inilah bukti sekiranya bangsa Melayu sendiri tidak bangkit mempertahankan bangsa, orang Melayu akan diperlekehkan.

Menurut beliau, pihak UMNO sentiasa mempertahankan bangsa dan agama lain jika mereka dihina serta diperlekeh kerana bangsa Melayu bangsa mulia tetapi dipanggil rasis apabila tampil mempertahankan bangsa sendiri.

“Jangan bila tiba masa kita nak mempertahankan bangsa dan agama sendiri, kita dipanggil rasis, tak boleh, saya minta kita beranikan diri dan jangan takut untuk mempertahankan maruah bangsa kita,” kata Khairy.

Dalam kenyataan Lim yang dipaparkan di laman Facebooknya hari ini beliau berkata UMNO sudah bukan lagi harapan masa depan Malaysia, apabila Khairy bermain politik perkauman dan agama bagi membisukan suara-suara memohon bantuan kewangan dengan menakutkan mereka.

“Tindakan menyalahkan orang bukan Melayu adalah suatu pengkhianatan dan politik jahat oleh Khairy kerana ia ternyata dusta dan berniat jahat untuk menyatakan orang bukan Melayu mempersoalkan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Lim.

Hari ini berlangsungnya Perhimpunan Agung tiga sayap parti UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri di PWTC sebelum esok Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: Pemuda UMNOUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd