Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Mayat Nazrin Ditemui Di...

SHAH ALAM - Saksi pendakwaan kedua memberitahu Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi...

Speaker Parlimen Perlu Letak...

KUALA LUMPUR - "Speaker Dewan Rakyat perlu meletakkan jawatan kerana tidak mampu berfungsi...

2 Suspek Kes Tahan,...

SEREMBAN - Polis menahan dua lelaki dan sedang memburu tiga yang lain kerana...

Perlu Kajian Semula Kontraktor...

SEMPORNA - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu kajian semula...

Keupayaan Loji Batu Kitang Meningkat Menjelang 2017

KUCHING – Loji Rawatan Air Batu Kitang No. 3, yang sedang dipulihkan dan dinaik taraf daripada keupayaannya menghasilkan 200 juta liter air sehari (MLD) kepada 400 MLD, akan siap sepenuhnya menjelang 2017, kata Menteri Kemudahan Awam negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini.

Beliau berkata usaha itu dilakukan Lembaga Air Kuching (KWB) bagi memenuhi permintaan pengguna di bandar raya ini dan sekitarnya.

Awang Tengah memuji langkah KWB melaksanakan ‘pelan luar jangka strategik kemarau’ dan kejayaannya dalam menangani masalah kekurangan bekalan air pada musim kemarau tahun ini, tanpa perlu melaksanakan catuan.

“Langkah membina ‘flap’ tambahan pada April adalah tindakan yang patut dipuji. Ini membolehkan penyimpanan air mentah di tempat takungan meningkat ke paras operasi minimum bagi membolehkan air terus dibekalkan ke bandar raya ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Penghargaan KWB di sini malam tadi.


Beliau juga memuji langkah KWB memperkenalkan zon bermeter bagi memantau kebocoran paip untuk mengurangkan pembaziran air dan air tanpa hasil.

“Saya menggesa semua pihak berkuasa bekalan air supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan langkah mengurangkan air tanpa hasil agar sasaran yang ditetapkan negeri ini menjelang 2020 akan tercapai,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • loji

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori