Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Tipu Jam Tangan,...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita didakwa di tiga Mahkamah Majistret berasingan di sini...

Harga Gula Sekilo Lagi...

BALING - Penoreh di sini mendakwa mereka tidak mampu untuk membeli sekilo gula...

Gempa Kuat Di Sumatera,...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku di...

Suhakam Puji Cara PDRM...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memuji keberkesanan Polis DiRaja...

Lepas 4 Bulan Serpihan Pesawat MH17 Akhirnya Dipindahkan

Selepas kira-kira empat bulan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 berlaku 17 Julai lepas, kerja-kerja memindahkan bangkai pesawat Boeing 777 itu dimulakan di dalam kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine, dimulakan semalam (Ahad).

Memetik laporan Sunday Times, seorang wartawan AFP mendakwa melihat pekerja dari Kementerian Hal Ehwal Kecemasan berada di lokasi kejadian yang digelar Republik Rakyat Donetsk, memulakan kerja memotong cebisan pesawat dengan gergaji

Pasukan penyiasat Belanda yang mengetuai siasatan berkata proses mengumpulkan bangkai pesawat itu boleh memakan masa beberapa hari.

BACA – Kerajaan Akan Usaha Bawa Pulang Serpihan MH17

Selepas empat bulan tragedi MH17 berlaku, barulah hari ini serpihan pesawat akan dibawa keluar.
Selepas empat bulan tragedi MH17 berlaku, serpihan pesawat akhirnya akan dibawa keluar.

MH17-Pindah_2

Dalam nahas ini, seramai 193 rakyat Belanda terkorban.

“Lembaga Keselamatan menyelia proses mengumpul cebisan bangkai pesawat MH17 sebelum dihantar ke Belanda untuk menyiasat dan mengenalpasti punca pesawat itu terhempas,” kata pasukan penyiasat Belanda dalam satu kenyataan.


Kenyataan tersebut turut menyebut, serpihan pesawat akan dikumpulkan berhampiran lokasi nahas sebelum dibawa ke sebuah bandar yang dikawal kerajaan Ukraine di Kharkiv sebelum diterbangkan ke Belanda.

Ukraine dan Barat kini memberi tekanan kepada Rusia dengan mendakwa mereka adalah pihak yang membekalkan kumpulan pemberontak pro-Rusia di Ukraine peluru berpandu BUK yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 pada hari kejadian.

Pasukan penyiasat setakat ini berjaya membawa keluar dan mengenalpasti sebanyak 289 orang mayat mangsa dalam tragedi berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori