• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepetahan Pelajar Perubatan Di Russia Tambat Hati Perwakilan

oleh Ahmad Albab
28/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kepetahan dan kebijaksaan Nur Farhana Mohd Anuar ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang memasuki hari kedua hari ini, menambat hati Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Penuntut tahun kelima First Moscow State Medical University, Russia, itu ‘mencuri’ hati Badruddin apabila menyelitkan bahasa Russia dalam perbahasannya dan setiap kali itu juga terpaksa mengucapkan ‘mohon izin pengerusi’ selepas diingatkan beberapa kali bahawa perbahasan mestilah dalam bahasa Melayu.

Badruddin juga beberapa kali mengajukan perkataan tertentu kepada Nur Farhana untuk mengetahui maksudnya dalam bahasa Russia dan bila cuba menyebutnya, seluruh hadirin di dalam dewan tertawa kerana sebutan dan bunyi Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan itu kedengaran pelik serta melucukan.

Dalam perbahasannya selama 15 minit, Nur Farhana dengan lantang berkata UMNO tidak boleh berbangga dengan jumlah ahli yang ramai iaitu 3.47 juta orang kerana mendakwa belum tentu semua anggota itu adalah ‘orang UMNO’.

“Ahli UMNO sepatutnya menjadi ‘orang UMNO’ yang akan berjuang demi bangsa, agama dan negara,” katanya ketika berucap di hadapan perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Wakil Kelab UMNO Luar Negara Moscow itu menarik perhatian apabila menyatakan program anjuran UMNO terlalu ‘syok sendiri’, stereotaip, kurang mesra golongan muda, tidak strategik kerana kebanyakannya dianjurkan semata-mata untuk memenuhi tuntutan program tahunan.

“Ramai mahasiswa muda mempunyai persepsi bahawa UMNO tidak mempunyai idea yang segar dan tiada idea baharu, matlamat serta perjuangan parti juga semakin pudar,” katanya.

Selesai sahaja perbahasan gadis itu, Badruddin memuji Nur Farhana yang menurutnya berucap dengan penuh beradat serta beradab dan mahu jurucakap yang lain mencontohinya.

“(Nur Farhana) memang terror (hebat)… tak rugi mai (datang) sini walaupun belajar di Russia tapi mampu bercakap bahasa Melayu dengan fasih.

“Itulah perjuangan dan mereka inilah pelapis akan datang,” katanya dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Ketika ditemui BERNAMA kemudian, Nur Farhana berkata bagi mendekatkan orang muda dengan UMNO dan meremajakan parti keramat orang Melayu itu, UMNO perlu mengadakan program bersifat interaktif, termasuk menggunakan media sosial, selaras dengan ‘hyperconnectivity’ atau kesalinghubungan digital yang ditekankan UMNO.

Beliau turut mencadangkan agar laman web UMNO dan kerajaan direka dengan ringkas supaya mudah diakses walaupun sekadar menggunakan telefon bimbit manakala semua dasar diterangkan menggunakan grafik supaya anak muda dapat memahaminya dengan mudah. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd