• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan KIL DI FFM 26 Usah Dipertikaikan

oleh Ahmad Albab
03/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Tengku Iesta Tengku Alauddin tidak mahu kejayaan filem KIL merangkul filem terbaik termasuk meraih lima anugerah pada malam anugerah perdana, Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM 26) malam Sabtu lalu dipertikaikan lagi oleh beberapa pihak.

Tengku Iesta berkata, filem tersebut mempunyai kekuatan tersendiri yang melayakkan ia dipilih sebagai pemenang utama bagi anugerah berprestij FFM 26.

“Saya harap kejayaan ini tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak dengan sindiran-sindiran tajam. Ia adalah rezeki dan tidak baik untuk terus dipertikaikan.

“Saya yakin kemenangan ini dipilih oleh juri yang melihat ada sesuatu yang istimewa dalam filem ini seperti mana ketika pertama kali dengar idea ini daripada pengarahnya Nik Amir,” ujarnya kepada mStar Online.

Tengku Iesta berkata demikian ketika ditemui selepas Festival Filem Malaysia ke-26 yang diadakan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sg. Gadut, di sini, malam Sabtu.

Filem Kil diumum sebagai Filem Terbaik, dan merangkul empat anugerah lain iaitu Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik menerusi Nik Amir Mustapha, Pelakon Harapan Wanita (Cristina Suzzane) dan Poster Terbaik.

Filem ini menewaskan empat filem lain iaitu Penanggal, Rock Oo, Sembunyi: Amukan Azazil, dan KL Gangster 2.

Sementara itu, katanya, kejayaan besar itu menjadi laluan kepada muka baharu untuk diberi peluang bersaing dalam industri perfileman tanah air.

Tambah Tengku Iesta, pihaknya sentiasa memberi peluang kepada pelapis baharu untuk menampilkan karya-karya mereka.

“Kemenangan ini adalah tidak disangka sama sekali kerana filem ini merupakan filem genre yang berbeza daripada filem-filem yang tercalon dan ia daripada pendatang baharu.

“Selepas ini memang kami akan buka peluang kepada muka baharu yang tampil dengan karya-karya berkualiti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tengku Iesta berkata, kejayaan pengarah dan produksi filem KIL dapat memberi contoh terbaik dan pembakar semangat kepada pengarah dan penulis baharu yang berada dibelakang tabir untuk terus menghasilkan karya hebat.

“Kita harap kejayaan ini memberi semangat kepada penggiat filem lain untuk tampil dengan idea yang baik dan bersaing pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Tengku Iesta berkata, kekuatan filem KIL adalah daripada konsep idea yang mengangkat isu semasa tentang masalah remaja masa kini.

Tambahnya, kejayaan filem berskala kecil itu juga seiring dengan tema FFM 26 iaitu Tranformasi Filem Malaysia.

“Jika ingin dibandingkan memang filem ini mempunyai skala kecil berbanding empat filem lain. Tetapi saya lihat ia bersesuaian dengan tema FFM 26 kali ini.

“Kekuatan filem ini adalah daripada idea tentang masalah generasi sekarang yang sering tertekan dan menghadapi masalah kemurungan,” ujarnya. – mStar Online

Tags: FFM26FILEM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd