• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat

oleh Ahmad Albab
19/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa yang dipindahkan akibat banjir di Terengganu pagi ini meningkat kepada 2,312 orang berbanding 67 orang petang semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) setakat pukul 9 pagi ini, empat daerah di Terengganu terjejas akibat banjir iaitu Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Marang.

Kuala Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi mangsa iaitu 1,575 orang daripada 407 keluarga yang kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan terdiri daripada sekolah dan pusat sivik.

Di Hulu Terengganu, 41 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Kolam, bangunan Umno Kampung Kemat dan Surau Cenerong Lemab.

Di Setiu pula, 54 orang daripada 15 keluarga dipindahkan ke tiga pusat iaitu Balai Raya Kampung Sunrai Lerek, Surau Kampung Sungai Pinang dan Balai Raya Rhu Tapai manakala di Marang, 642 mangsa daripada 154 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Rhu Sila dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong.

Sementara itu, semua sungai utama di Terengganu masih berada di paras normal pagi ini kecuali Sungai Nerus di Kampung Langkap mencatatkan bacaan 22.54 meter melebihi paras bahaya sebanyak 1.04 meter namun menunjukkan penurunan.

Pemangku Setiausaha MKN Terengganu Roslina Ngah berkata dua sungai mencatatkan bacaan melebihi aras amaran iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok sebanyak 8.22 meter melebihi aras amaran sebanyak 0.55 meter dengan menunjukkan penurunan.

“Satu lagi sungai melebihi aras amaran ialah Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan mencatatkan bacaan 2.57 meter melebihi aras amaran sebanyak 0.27 meter dan masih menunjukkan peningkatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata dua sungai melebihi aras berjaga-jaga dengan menunjukkan trend penurunan iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak mencatatkan bacaan 33.47 meter melebihi aras berjaga-jaga sebanyak 0.22 meter serta Sungai Setiu di Kampung Besut mencatatkan bacaaan 16.62 meter melebihi aras berjaga-jaga sebanyak 0.22 meter.

Menurutnya Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan pula mencatatkan bacaan sebanyak 22.0 meter melebihi aras berjaga-jaga sebanyak 0.2 meter melebihi paras berjaga-jaga dengan mencatatkan trend peningkatan. – BERNAMA

Tags: BanjirTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd