SEBELUM melanjutkan pengajian ijazah di Amerika Syarikat, Juliana Evans pernah dikaitkan bercinta dengan pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak.
Namun, masing-masing menafikan perkara tersebut dengan mengatakan hubungan mereka hanya berlandaskan sebagai rakan artis.
Dan kini, Zizan tidak lagi berahsia bahawa dia sudah pun menemui buah hatinya iaitu pelakon yang semakin mekar namanya, Emma Maembong.
Lantas, ada cakap-cakap mengatakan Juliana dan Emma pernah bergaduh ketika Emma berkunjung ke negara Uncle Sam, beberapa bulan lalu.
Terkejut dengan dakwaan itu, Juliana, 25, menafikannya.
“Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya luangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka. Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja tahu cerita sebenar,” kata Juliana, memetik laporan Media Hiburan.
Juliana juga berharap peminat tidak mempertikaikan kepulangannya ke Malaysia selepas menamatkan pengajian di Amerika.
“Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia. Jujurnya, saya gembira sebab Zizan sudah punya pasangan. Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama.
“Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak. Dan Emma, tak perlu takut dengan saya,” katanya.
Kenapa pula begitu kenyataan dikeluarkan, apakah ada kemungkinan Emma berasa tergugat dengan kepulangan Juliana? Rasanya, itu bukan satu isu kalau Emma mempunyai hubungan istimewa dengan Zizan selepas hubungannya dengan Juliana putus kan..
Apa-apa pun welcome back to Jue dan semoga kepulangannya dapat memeriahkan lagi industri lakonan dan sedikit sebanyak, boleh memanfaatkan pengajian seninya untuk diaplikasikan di negara kita. – MYNEWSHUB.CC




