KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membuka cawangan baharu di Keramat di sini bermula 24 November ini.
JPN dalam satu kenyataan memberitahu, cawangan baharu JPN itu akan beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keramat.
“Cawangan Mini JPN itu terletak di UTC Keramat di Aras 1, Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, waktu operasi cawangan JPN itu dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam.
Orang ramai boleh menghubungi talian 03- 6201 1106 atau emel kepada [email protected] untuk maklumat lanjut.