• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Pastikan Jalan Ke Cameron Highlands Selamat

oleh Ahmad Albab
10/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memastikan keadaan jalan raya ke Cameron Highlands melalui Perak dan Pahang selamat digunakan, kata Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata kerajaan pusat pada dasarnya bersetuju mengenai penubuhan jawatankuasa tersebut.

“Ini bagi memastikan cerun jalan raya dapat diawasi bagi mengelak kejadian kemungkinan berlaku tanah runtuh terutama ketika cuaca hujan lebat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan penjawat awam di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan sini hari ini.

Kerajaan negeri sebelum ini membangkitkan aspek keselamatan jalan Tapah-Cameron Highlands dan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Beliau berkata kerajaan pusat khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga memberi jaminan kepada kerajaan negeri bahawa tindakan segera akan diambil berhubung kejadian hakisan dan runtuhan di laluan berkenaan.

“Laluan Tapah merupakan jalan raya terawal dan satu-satunya penghubung ke Cameron Highlands dari Perak iaitu sejak zaman kolonial. Kini satu lagi laluan iaitu jalan raya Simpang Pulai-Cameron Highlands merupakan laluan alternatif.

Kedua-dua jalan ini menghubungkan Perak ke kawasan itu,” kata Dr Zambry.

Sabtu lepas, laluan Tapah-Cameron Highlands ditutup hingga dibuka kepada hanya kenderaan ringan pada 4.20 petang semalam kerana beberapa lokasi di sepanjang jalan itu mengalami tanah runtuh.

Setakat ini beberapa lokasi telah dibersihkan daripada kesan tanah runtuh, namun kerja-kerja membaiki struktur laluan masih diteruskan. – BERNAMA

Tags: Cameron HighlandsZambry Abdul Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd