TORONTO – Pesawat pejuang Kanada yang menyertai kempen pengeboman ke atas militan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Iraq, melancarkan serangan udara pertamanya semalam.
Satu kenyataan daripada pejabat Menteri Pertahanan Kanada, Rob Nicholson, menyatakan dua jet pejuang menyerang sasaran di kawasan Fallujah dengan bom berpandukan laser dan kembali dengan selamatnya ke pangkalannya di Kuwait.
Kanada menggunakan enam pesawat CF-18 serta Polaris C-150 dan dua pesawat pemantau Aurora CP-140 dalam sumbangannya kepada kempen pengeboman terhadap kumpulan Negara Islam (IS) itu.
Kira-kira 600 anggota tentera udara Kanada terbabit dalam operasi berkenaan.
Berikutan permintaan daripada Amerika Syarikat, Parlimen Kanada bulan lalu meluluskan serangan udara itu. – AP