• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Bukan B2B!! Ini Kedai Keropok Lekor BTB 2209 Yang Unik

oleh AK-47
06/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBERANG TAKIR (Terengganu) – Ini bukan B2B seperti yang anda bayangkan, tapi ianya Kedai Keropok BTB 2209 yang terletak di Kampung Bukit Tok Beng di Seberang Takir yang menyajikan keropok lekor cara baru.

Di kedai berkenaan yang terletak di tepi jalan raya, ia menjual keropok lekor dengan perasa keju bawang, lada hitam dan juga perisa asli.

Keropok_3
Kawasan kedai Keropok Lekor BTB 2209 yang terletak di Seberang Takir, Kuala Terengganu yang menjual produk keropok lekor pelbagai perisa. – Foto MYNEWSHUB.CC

Selain keropok lekor berperisa, BTB 2209 juga mengeluarkan produk keropok lekor yang siap dibungkus secara vakum bagi memudahkan pelanggan yang berada dalam perjalanan jauh dan ia boleh disimpan lebih lama.

Individu yang bertanggungjawab dalam urusan operasi BTB 2209, Dasimah Mohd Dagang berkata kedai berkenaan memulakan operasi pada bulan Ramadan pada tahun 2004 diasaskan oleh dua beradik anak kepada Allahyarham Mohd Dagang.

“Penubuhan kedai ini diasaskan oleh dua orang adik beradik, Mohd Nazri dan Mohd Nazir Mohd Dagang, dua beradik ini sebelum itu menguruskan perniagaan bapanya.

Keropok_5
Pelanggan yang ingin membeli keropok lekor di kedai BTB 2209 terpaksa mengambil nombor giliran ekoran permintaan yang banyak. Ada ketika, kedai ini menggunakan kira-kira 1 tan isi ikan sehari untuk menyediakan stok keropok untuk pelanggannya. – Foto MYNEWSHUB.CC

“Selepas Mohd Dagang meninggal dunia, perniagaan asal sudah habis kontrak tetapi mereka mahu meneruskan perniagaan dan Allahyarham ibu mereka mencadangkan agar mereka memulakan perniagaan keropok lekor sehingga tertubuhnya kedai BTB 2209,” katanya.

Mengulas mengenai produk bungkusan vakum itu, Dasimah berkata ia bermula selepas tahun 2009 dan kedai mereka merupakan perintis kepada teknik pembungkusan sedemikian.

“Sebelum ini, keropok lekor Terengganu akan dibalut dalam kertas suratkhabar selepas dibeli dan di Losong mereka membalut menggunakan kertas khas dengan perkataan cop perniagaan.

“Pada 2009, saya ada idea untuk vakumkan bungkusan keropok itu. Keropok jika dalam keadaan panas dibungkus dengan kertas ia akan ada sedikit bau,” katanya.

Mesin vakum khas yang akan menyedut semua udara keluar dari bungkusan keropok lekor bagi memastikan ia berkeadaan baik dalam tempoh masa lebih lama. - Foto MYNEWSHUB.CC
Mesin vakum khas yang akan menyedut semua udara keluar dari bungkusan keropok lekor bagi memastikan ia berkeadaan baik dalam tempoh masa lebih lama. – Foto MYNEWSHUB.CC

Menurut beliau, produk keropok lekor jika dibeli dengan bungkusan vakum ia akan tahan lebih lama kira-kira dua hari dalam perjalanan dan jika disimpan di dalam peti sejuk ia boleh tahan berkeadaan baik selama sebulan.

“Ada pelanggan kami yang membawa keropok lekor vakum ini ke luar negeri, dan ia disimpan lebih setahun dan masih dalam keadaan baik,” katanya.

Dasimah berkata pada mulanya, mereka hanya menjual produk keropok lekor direbus sebelum pada 2009, BTB 2209 memperkenalkan keropok lekor goreng tanpa direbus yang lebih lazat.

“Pada tahun 2010, kami buat keropok keju dan penghujung 2011 kami mengeluarkan perisa keju bawang sebelum pada tahun lepas kami keluarkan produk perisa lada hitam,” katanya.

Keropok_2
Keropok lekor perisa keju yang siap dibungkus untuk dijual di kedai Keropok Lekor BTB 2209 – Foto MYNEWSHUB.CC

Harga keropok lekor di BTB 2209 jika dibeli secara paket ia berharga antara RM5 hingga RM10.

Kedai BTB 2209 menjadi lokasi pertama persinggahan wakil media yang menyertai program Sahabat Media Terengganu Seni Dan Budaya yang bermula hari ini sehingga Khamis depan.

Ia merupakan perjalanan wakil media dibawa melihat keindahan lokasi pelancongan di negeri Terengganu bermula dari Kemaman sehinggalah ke Besut sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ia adalan anjuran bersama majalah pelancongan Santai Travel dan pihak Tourism Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: makananTerengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maktab Mahmud Padang Terap Nafi Pelajarnya Terlibat Video Kes Buli

Next Post

Pertahanan Longlai Buat Wenger Berang

Related Posts

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Punca Banjir Besar Di Kelantan, Terengganu

Punca Banjir Besar Di Kelantan, Terengganu

03/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Kadar taburan hujan di Kelantan dan Terengganu dalam tempoh lima hari, dari 26 hingga 30 November lalu adalah...

Next Post

Pertahanan Longlai Buat Wenger Berang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd