• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertahanan Longlai Buat Wenger Berang

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pengendali Arsenal, Arsene Wenger berang dengan jentera pertahanannya yang membiarkan Anderlecht bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk merakam keputusan seri 3-3 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Kemenangan di laman sendiri, Emirates akan mengesahkan tempat buat Arsenal ke peringkat 16 terakhir buat kali ke-15 berturut-turut di bawah bimbingan Wenger dan ia hampir kenyataan menerusi jaringan penalti Mikel Arteta (m25), gol Alexis Sanchez (m28) sebelum Alex Oxlade-Chamberlain menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-58.

Begitupun, Arsenal yang seakan tampak selesa pantas dihukum juara Belgium, Anderlecht menerusi dua gol Anthony Vanden Borre diikuti jaringan penyamaan Aleksandar Mitrovic pada minit ke-90.

“Menjengkelkan? Ya. Namun kamu juga perlu memberi pujian kepada mereka. Mereka bermain habis-habisan sehingga perlawanan berakhir dan kami menampilkan corak pertahanan yang buruk berbanding dua perlawanan sebelum ini.

“Kami dihukum. Tapi ada sedikit faktor tuah kerana gol pertama itu ofsaid namun persembahan pertahanan kami tidak cukup baik.

“Pada kedudukan 3-0 sepatutnya kerja kami sudah berakhir. Keletihan juga menjadi punca, mereka menamatkan perlawanan dengan lebih bertenaga dan tajam. Ia amat mengecewakan.

“Dalam perlawanan Liga Juara, kamu perlu berada di tahap mental yang baik atau kamu akan dihukum. Jelas kami tidak berada di tahap itu,” kata Wenger.

Begitupun, Arsenal masih berpeluang cerah untuk layak ke peringkat kalah mati selepas mengumpul tujuh mata berbaki dua perlawanan. – Reuters

Tags: Arsene Wenger
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wenger Dijangka Ke AC Milan

06/11/2018
0

ARSENE Wenger semakin hampir untuk kembali ke padang bersama AC Milan. Laporan di Perancis mendakwa bekas pengendali Arsenal itu telah...

Wenger Dedah Kesilapan Besar

18/07/2018
0

ARSENE Wenger membuka mulut berkongsi cerita 22 tahun berada di Arsenal. Pengurus kelahiran Perancis itu mengakui kesilapan besarnya apabila berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd