• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imej Satelit Dakwa Ukraine Dalang Insiden MH17 Adalah PALSU?

oleh AK-47
17/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah laman web yang menyiasat kesahihan berita, memutuskan imej satelit dikemukakan Rusia sebagai bukti pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak pesawat pejuang Ukraine adalah palsu dan hasil suntingan Photoshop.

Gambar ini mula disebarkan oleh sebuah stesen televisyen Rusia (Channel 1) setelah mendakwa menerima imej menunjukkan saat-saat terakhir pesawat itu sebelum terhempas.

BACA – Rusia Beri Bukti Imej Satelit MH17 Ditembak Jet Pejuang Ukraine

Imej berkenaan menunjukkan seolah-olah sebuah peluru berpandu sedang ditembak mensasarkan pesawat penumpang yang didakwa MH17.

Imej satelit yang dikatakan bukti pesawat MAS MH17 ditembak jatuh oleh sebuah pesawat pejuang Ukraine yang didedahkan stesen televisyen Rusia semalam.
Imej satelit yang dikatakan bukti pesawat MAS MH17 ditembak jatuh oleh sebuah pesawat pejuang Ukraine yang didedahkan stesen televisyen Rusia semalam.

Gambar itu juga dikatakan diperoleh daripada satelit Britain dan Amerika Syarikat, menurut laporan Daily Mail UK.

Bagaimanapun, laman web Bellingcat mengatakan beberapa pakar penerbangan berpendapat gambar berkenaan adalah palsu.

Dakwa mereka imej satelit berkenaan dihasilkan dengan mencantumkan beberapa imej satelit lain dan imej jet pejuang yang ditunjukkan ialah jet SU-27 dan bukan SU-25 seperti dilaporkan stesen TV berkenaan.

Gambar pesawat pejuang  berbeza daripada apa yang didakwa oleh stesen TV Rusia.
Gambar pesawat pejuang berbeza daripada apa yang didakwa oleh stesen TV Rusia.

Lebih memalukan, persoalan timbul berkenaan logo MAS yang dipaparkan di bahagian salah dan pesawat dalam imej yang digambarkan MH17 sebenarnya Boeing 767 dan bukannya Boeing 777.

ImejSatelit_2
Pakar penerbangan mendakwa kedudukan logo dan tulisan pada pesawat Boeing 777 MH17 adalah salah, dan menurut gambar satelit, ia adalah pesawat Boeing 767.

Laporan web tersebut menambah, kesemua bukti dikemukakan jelas tidak berkredibiliti sekaligus mengesahkan MH17 tidak ditembak jatuh oleh sebuah pesawat lain.

Mungkin secara kebetulan, berita mengejutkan ini timbul ketika Presiden Rusia Vladimir Putin disambut agak dingin oleh para pemimpin negara G20 di Brisbane, Australia disebabkan insiden MH17.

Jenayah penerbangan ini telah mengorbankan kesemua 283 penumpang termasuk 15 anak kapal.

Sebelum ini, teori yang popular berkaitan insiden ini adalah MH17 ditembak jatuh oleh puak pemberontak pro-Rusia menggunakan peluru berpandu buatan Kremlin, iaitu BUK.
– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: MASMH17Rusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd