PELAKON yang menyumbangkan suara untuk watak Elsa dalam filem Frozen, Idina Menzel memberikan klu bahawa kemungkinan besar Frozen 2 bakal difilemkan dalam jangka masa terdekat ini.
Walaupun tiada sebarang pengesahan daripada pengeluar filem itu, Disney namun Menzel mengatakan mereka sedang bersiap-sedia untuk merangka produksi untuk Frozen 2.
Walaupun senarai pelakon yang bakal menyumbangkan suara untuk filem blockbuster itu belum ditentukan lagi, namun Menzel berbesar hati untuk terus terlibat dalam penerbitan filem yang menjadi box-office pada tahun lalu.
Selain jalan ceritanya yang mendapat perhatian daripada pencinta animasi, lagu tema filem itu, Let It Go yang dinyanyikan Menzel turut menjadi hits dan sering kali dipilih sebagai lagu cover untuk dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi lain dari seluruh dunia.
Kejayaan Frozen turut menjadi detik manis buat warga kerjanya apabila berjaya merangkul trofi ‘best original song’ Anugerah Oscars menerusi lagu Let It Go. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR

