• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Ibu Hidap Obesiti, Remaja Nekad Berhenti Sekolah

oleh Ahmad Albab
12/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Berpegang pada pepatah, syurga di telapak kaki ibu, seorang remaja perempuan sanggup melupakan hasrat menjadi seorang guru demi menjaga ibunya yang mengalami peningkatan berat badan mendadak mencecah 240 kilogram pada 2009.

Nurbayti Abdullah, 16 tahun yang juga merupakan anak tunggal nekad berhenti sekolah dan tinggal di rumah untuk membantu ibunya yang sukar bergerak dan melakukan tugasan rutin.

Keputusan itu diambil Nurbayti yang hanya sempat menamatkan pendidikannya di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa, Bukit Mertajam.

Memetik kenyataannya menerusi akhbar Harian Metro, “Berat ibu pernah mencecah 240 kilogram, lima tahun lalu sebelum ada syarikat pengeluar produk kesihatan tampil memberikan produk pelangsingan badan dan panduan sehingga mampu membantu ibu menurunkan berat badan sehingga 19 kilogram dalam masa enam bulan.”

Ujarnya lagi, disebabkan masalah obesiti itu, ibunya mengalami kesukaran untuk bergerak dan hanya mampu berjalan secara perlahan-lahan sambil memegang dinding untuk ke tandas.

Namun, peristiwa terjatuh di dalam bilik air di kediaman mereka di Mukim 20, Jalan Kebun Sireh, Bukit Mertajam, enam bulan lalu langsung mengakibatkan ibu Nurbayti tidak mampu berdiri dan bergerak seperti dahulu.

“Dia hanya mampu duduk sahaja manakala kaki kirinya pula semakin membengkak dan membesar akibat kejadian itu.” – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

Tags: obesitiPulau Pinangremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd