• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TERKINI: Harga RON95 Dan Diesel Ikut Kaedah ‘Manage Float’

oleh AK-47
22/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memutuskan bermula 1 Disember 2014 penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float).

Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit dibuat terhadap RON97 sejak Julai 2010.

Sebelum ini harga runcit bagi produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak 1983.

Melalui APM, Kerajaan menetapkan harga runcit produk pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

Bagaimanapun melalui pengapungan terkawal (managed float), purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga pada bulan berikutnya.

Ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.

Sebagai contoh dari 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di bawah APM menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 seliter.

Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember.

Jika trend ini berlarutan, dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan terus berkurang berdasarkan formula APM.

Pada masa ini harga runcit RON95 di stesen minyak adalah RM2.30 seliter manakala diesel RM2.20 seliter.

Namun mulai 1 Disember ini penetapan harga di stesen minyak akan bergantung kepada kaedah yang disebut di atas.

Keputusan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel dibuat berikutan kejayaan pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON97.

Langkah ini membuktikan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.

Kaedah pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel ini telah dikaji Kerajaan sebelum ia diputuskan untuk dilaksana. – MYNEWSHUB.CC

Tags: harga minyakKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd