• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadiri Pengebumian Ayah Selepas Kertas Pertama SPM

oleh AK-47
04/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Walaupun baru kematian bapanya petang semalam, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini tetap bersemangat menduduki peperiksaan bagi menunaikan permintaan bapanya yang mahu dia berjaya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan (SMK Seri Ampangan) Nur Diyana Abdul Rahman, 17, berkata, dia membawa semangat yang ditiupkan bapanya kepada dirinya untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran.

“Saya amat bersedih dengan pemergian ayah. Saya akan belajar rajin-rajin untuk menunaikan permintaan ayah yang ingin melihat saya menjadi seorang chef.

“Lagipun ramai saudara-mara yang datang memberi kata-kata perangsang kepada saya dan itulah antara sumber kekuatan saya,” katanya ketika ditemui di Masjid At-Taqwa, Paroi hari ini.

Anak bongsu dari empat beradik ini berkata, antara kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah arwah bapanya amat suka dengan sambal ikan bilis yang dimasaknya.

Nur Diyana, sebaik sahaja selesai menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Satu, telah dihantar gurunya untuk menghadiri pengebumian bapanya pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Paroi.

Dia kemudiannya kembali ke sekolah untuk menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Dua, pada sebelah petang.

Abdul Rahman Kadir, 53, meninggal dunia kira-kira 2.55 pagi tadi kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Allahyarham yang bekerja sendiri meninggalkan isteri Nurazal Majlis, 49, dan empat anak.

Sementara itu Pengetua SMK Seri Ampangan Mohd Sazali Sam berkata, pihak sekolah akan membantu Nur Diyana dengan memberi kata-kata perangsang dan suntikan motivasi untuknya menduduki peperiksaan.

“Saya telah menasihati Nur Diyana, yang pergi tetap akan pergi. Kita yang masih hidup perlu teruskan hidup.

“Para guru di sekolah ini turut memberi kata-kata perangsang untuk Nur Diyana di samping melancarkan derma kilat untuknya,” katanya.

Sebanyak 267 calon SMK Seri Ampangan menduduki peperiksaan yang turut disertai 27 calon persendirian. – BERNAMA

Tags: Negeri SembilanSPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

Kerajaan Kelantan Nafi Kolej KIAS Terima Pelajar Lulusan UEC

Kerajaan Kelantan Nafi Kolej KIAS Terima Pelajar Lulusan UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Kelantan menafikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) menafikan institusi pendidikan tersebut menerima pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd