• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Godam Mesin ATM, PDRM Mohon Bantuan Interpol

oleh Ahmad Albab
03/11/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon bantuan Interpol di Perancis untuk membantu berhubung kes menggodam 17 buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di empat buah negeri September lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siber dan Multimedia) PDRM, SAC Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya telah menghantar ‘notis ungu’ kepada Interpol bagi mendapatkan kerjasama dalam memperoleh maklumat termasuk modus operandi, prosedur dan tempat persembunyian penjenayah terbabit.

“Kita mohon kerjasama Interpol kerana kita percaya penjenayah telah melarikan diri ke luar negara dan kini dalam persembunyian,” katanya kepada Bernama.

Kes penggodaman tersebut membabitkan empat buah perbankan di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu dengan anggaran kerugian melebihi RM3 juta yang dipercayai dilakukan sindiket warga negara Amerika Latin.

Sindiket dipercayai menyuntik virus malware ‘ulssm.exe’ dengan memasukkan cakera padat (CD) ke dalam pembaca cakera padat (CD-ROM) yang terdapat di dalam mesin-mesin berkenaan.

Kaedah itu dilaporkan mampu menipu sistem pengkomputeran bank sebelum wang di dalam ATM dikeluarkan menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon daripada rakan anggota sindiket.

Bagaimanapun kehilangan wang dari mesin ATM itu tidak melibatkan wang pemilik akaun. – BERNAMA

Tags: Godam ATMpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd