• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GMSN Beri Pemahaman Lebih Baik Di Universiti Australia

oleh Ahmad Albab
12/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA – Pusat Rangkaian Pengajian Global Malaysia di Australian National University (GMSN@ANU) dilancar di sini, Rabu sambil Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan harapan pusat berkenaan akan memberi pemahaman yang lebih baik tentang Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata GMSN@ANU akan menjadi platform penting bagi para sarjana dalam bidang pengajian tentang Malaysia untuk menjalankan kajian menyeluruh dan memberi maklumat yang seimbang tentang politik, ekonomi dan masyarakat Malaysia.

“Saya percaya penyelidikan akademik yang bebas, objektif dan mendalam tentang pelbagai aspek kehidupan politik dan sosial akan membantu masyarakat antarabangsa memahami lebih baik tentang Malaysia dan mengelak sebarang pandangan serong terhadap negara kita,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Australian National University dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali gus menandakan pelancaran GMSN@ANU di Australian University di sini, Rabu.

Acara ini adalah sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari Muhyiddin di Canberra dan Perth sehingga esok.

Muhyiddin mengumumkan kerajaan Malaysia melalui UKM akan menyumbang AUD150,000 (RM436,500) setiap tahun kepada GMSN@ANU selama lima tahun untuk menyediakan dana penyelidikan dan kerjasama akademik lain dalam bidang pengajian tentang Malaysia.

Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, sebagai rakan sejawat Malaysia untuk GMSN@ANU juga akan menerima sebanyak RM500,000 setiap tahun daripada kerajaan Malaysia.

Disaksikan Muhyiddin, MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor dan Presiden ANU Prof Ian Young, Dekan Kolej ANU bagi Asia dan Pasifik Prof Veronica Taylor, Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Pengarah KITA Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Muhyiddin berkata beliau gembira melihat penubuhan sebuah program khas tentang pengajian Malaysia, yang beliau bincangkan dengan Young dan Dr John Funston, seorang ahli akademik terkemuka, semasa lawatannya ke ANU pada 2011, kini menjadi realiti.

Beliau menjelaskan, berbanding mencipta sebuah program kursi Pengajian Malaysia, penubuhan GMSN@ANU ini, mungkin pilihan lebih baik. – BERNAMA

 

 

Tags: Australia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd