• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gigi Dinosaur 140 Juta Tahun Dijumpai Di Hutan Pahang

oleh
15/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
Contoh gigi dinosaur spesies Ornithischian yang sama jenis ditemui di hutan Pahang dan sebesar saiz duit syiling 10 sen. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penyelidik Universiti Malaya (UM) berjaya menemui sebatang gigi haiwan purba dipercayai dinosaur daripada spesies terbaharu yang menyerupai burung atau dikenali sebagai Ornithischian, lapor agensi berita antarabangsa AFP di sini hari ini.

Gigi itu dianggarkan berusia 140 juta tahun dengan ukuran 13 milimeter panjang dan 10.5 milimeter lebar ditemui di Pahang tahun lalu dan tidak jauh daripada satu fosil dinosaur lain yang memecah rekod sebagai pertama kali dijumpai di Malaysia pada 2012 lalu.

“Ini membuktikan masih banyak lagi rangka dinosaur wujud di hutan tebal Malaysia yang belum ditemui dan kami amat teruja apabila mendapati gigi ini pula mungkin daripada spesies terbaharu dinosaur,” kata ketua penyelidik UM, Masatoshi Sone kepada AFP.

Namun projek kerjasama antara pasukan universiti Malaysia dengan Jepun yang melibatkan Universiti Waseda dan Universiti Kumamoto tidak mendedahkan lokasi sebenar penemuan dinosaur atas sebab keselamatan kawasan itu diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

Ornithischian ialah kumpulan terbesar dinosaur berbentuk burung dan haiwan purba jenis herbivor atau pemakan tumbuh-tumbuhan itu seumpama Triceratop atau nenek moyang badak sumbu moden namun dinosaur ini dipercayai hanya sebesar seekor kuda dewasa.

Projek khas pencarian fosil purba tempatan itu bermula lebih dua tahun lalu dan mencipta sejarah apabila berjaya menemui rangka dinosaur pertama pada 2012 yang dipercayai daripada keluarga Spinosaurid, pemangsa separa air yang makan ikan. – Agensi

Beginilah rupa bentuk umum dinosaur Ornithischian. – Gambar hiasan
Tags: dinosaurjepunPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Racing Team Kuasai ARRC 2026

JDT Racing Team Kuasai ARRC 2026

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelumba negara dari pasukan JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, terus melakar kejayaan dalam Kejuaraan Motosikal Asia...

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

09/06/2026
0

TOKYO – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau melakukan lawatan rasmi ke Jepun sehingga Rabu ini dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd