• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faktor Usia Punca Sam Bunkface Dedah Rahsia Peribadi

oleh Ahmad Albab
12/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam lebih terbuka dan matang untuk berkongsi tentang hubungan peribadi dan hubungan cintanya kepada umum berbanding sebelum ini.

Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd. Baharom, 27, berkata, perkara tersebut dipengaruhi faktor usia yang semakin meningkat berbanding awal kemunculannya yang lebih mahukan kehidupan peribadi diberi privasi.

“Dahulu masih terlalu muda dan saya berhati-hati untuk beri kenyataan kerana takut menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Maklumlah dulu saya berkawan dengan ramai perempuan, jika salah cakap ada yang terasa, jadi bila dah tua ini rasa sudah penat dan biarlah seorang sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Sam ditemui pada sedang media pelancaran muzik video Malam Ini Kita Punya di pejabat Sony Music Malaysia, Publika di sini, Selasa.
Sam berkata demikian ketika ditanya tentang sikapnya yang lebih mudah bercakap soal peribadi berbanding ketika di awal kemunculannya dalam industri muzik iaitu empat tahun dahulu.

Pada majlis tersebut juga Sam turut mengumumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan penerbit rancangan di TV3, Aida Azira, 27, pada 6 Oktober lalu.

Sam berkata, dia memilih Aida sebagai bakal isterinya berikutan sifat wanita tersebut yang sentiasa bersederhana dalam segala hal.

“Dalam ramai-ramai wanita yang saya kenal dia sahaja yang paling istimewa kerana tidak memandang kebendaan berbanding wanita lain.

“Dia juga sentiasa bersederhana dalam segala hal dan mudah dibawa berbincang,” ujarnya.

Menceritakan detik perkenalan dengan wanita itu, Sam berkata, dia mula rapat dengan Aida selepas Aida sering kali menemubualnya empat tahun lalu.

Bagaimanapun, dia benar-benar serius selepas empat tahun mengenali hati budinya.

“Kami kenal lama sebab dia selalu temuramah saya, tapi lepas empat tahu baru kami betul-betul serius.

“Alhamdulilah keluarga tidak pernah menghalang, malah mereka mahu kami percepatkan perkahwinan ini,” katanya.

Sementara itu, bercerita tentang video muzik terbaharu Malam Ini Kita Punya, Sam berkata ia sudah dimuat naik di YouTube pada Selasa.

Katanya, penggambaran yang dilakukan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur bersesuaian dengan tajuk lagu tersebut.

“Mesej yang cuba kami sampaikan melalui video ini adalah visual persembahan yang bertenaga dan bersahaja sesuai dengan lagu ini.

“Video ini merupakan kolaborasi dengan Luey Motion Lab dan Motio Fixio yang berjaya menterjemahkan visual ini mengikut tahap piawaian antarabangsa,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Artispenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd