• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Erin Malek Minta Tidak Dibesarkan Isu Fotonya Di Kelab Malam

oleh Ahmad Albab
06/11/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Erin Malek menjelaskan foto-foto dia berpesta di sebuah kelab malam yang tersebar di Internet merupakan peristiwa yang sudah berlalu dan tidak perlu untuk diungkit semula.

Justeru itu, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, meminta agar semua pihak agar tidak memanjangkan perkara berkenaan kerana dia pun sudah bergelar isteri orang.

“Benda itu sudah berlalu dan saya tidak mahu komen panjang. Yang penting, suami, keluarga mertua termasuklah keluarga saya sendiri tahu mengenai perkara tersebut,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Erin dan Farriz Fauzy, 30, sah diijabkabulkan pada 10 Oktober lalu di rumah pengantin perempuan di Duta Suria, Ampang dekat sini manakala majlis resepsi persandingan mereka diadakan sehari kemudian di Hotel InterContinental dekat sini.

Kira-kira enam hari selepas majlis bahagia itu, tiga foto yang menunjukkan Erin berada di sebuah kelab malam popular di ibu kota tersebar di laman Internet.

Gara-gara foto tersebut, pelakon Misiku Kuza itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak lebih-lebih lagi foto itu menunjukkan dia berpakaian kurang sopan ketika berhibur di kelab berkenaan.

Sepanjang isu itu hangat menjadi bualan ramai, Erin gagal dihubungi ramai media yang ingin mendapatkan penjelasannya.

Sementara itu, Erin yang baharu saja pulang daripada percutian bulan madu bersama suaminya dari Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu berharap, selepas kenyataannya ini, isu berkenaan tidak terus dipanjangkan lagi.

Dalam pada itu bercerita mengenai percutian bulan madunya selama dua minggu di AS, Erin dan suami telah mengunjungi Los Angeles (LA) dan Las Vegas.

“Ini merupakan kunjungan pertama kami di LA dan Vegas. Alhamdulillah, percutian kami amat menyeronokkan. Tiada sebarang perancangan yang teliti sebaliknya kami redah saja apa-apa yang menarik untuk dikunjungi.

“Di Vegas, kami juga sempat menyaksikan persembahan penyanyi antarabangsa, Britney Spears,” katanya teruja.

Dalam perkembangan lain, Erin akan ke Singapura pada Khamis (hari ini) bagi mempromosikan filem lakonan terbaharu bersama Kamal Adli berjudul Misi Tawan Baby.

Filem terbitan Astro Shaw itu akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 13 November ini.

Bermula minggu depan, kata Erin, dia juga sudah mula sibuk memenuhi jadual penggambaran drama dan filem. – mStar Online

Tags: ArtisErin Malek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd