Konflik melibatkan pelakon baru, Chacha Maembong dan pereka fesyen, Ezuwan Ismail makin berlarutan apabila pelakon yang juga kakak kepada Chacha, Emma Maembong kini campur tangan dengan membela keputusan adiknya itu.
BACA: Chacha Maembong Ada Sebab ‘Reject’ Baju EzuwanÂÂ
Menerusi laman Instagram peribadinya semalam, Emma mempertikaikan kredibiliti Ezuwan sebagai pereka fesyen profesional kerana gagal menghasilkan pakaian yang sempurna.
Emma turut membidas tuduhan Ezuwan terhadap Chacha dengan kenyataan bahawa pereka fesyen itu sepatutnya sedar bahawa dialah punca kenapa Chacha tidak mengenakan pakaian yang disediakan pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2014, Jumaat lalu.
“Ukuran pada badan baju itu lari. Ada gelembung belakang dan ukuran pada ketiak pun lari. Masa fitting, Chacha ada beritahu bahu ni senget tapi dia (Ezuwan) cakap, “You jangan tengok sekarang, belum siap lagi ni.”
Chacha tidak sangka pada hari kejadian dapat baju macam tu.”
Mengimbau punca pertelangahan dua individu ini, ia bermula apabila baju yang disediakan Ezuwan untuk Chacha, tidak dipakai ketika menghadiri Anugerah Skrin, Jumaat lalu. Justeru Ezuwan yang berkecil hati dengan tindakan tersebut meluahkan dukacitanya melalui laman sosial peribadi.
Emma turut masuk campur dengan memohon maaf secara personal kepada Ezuwan. Namun, pereka fesyen itu kemudiannya menuntut Chacha memulangkan pakaian tersebut.
Alahai, isu ini sepatutnya tak perlu dihebahkan dan berlarutan seperti ini. Yalah, industri hiburan Malaysia kecil saja dan masing-masing memerlukan antara satu sama lain untuk cari makan. Kan? – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR


