Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Masjid Sultan Iskandar Masjid...

JOHOR BAHRU - Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, di sini menjadi masjid...

Cuba Ragut Wanita, 2...

KUALA LUMPUR : Dua lelaki yang cuba meragut seorang wanita sedang berjalan di...

Almy Masih Terkejut Fizz...

"PANGGIL nama sahaja, tak perlu panggil Datin...." Itulah permintaan isteri kepada Fizz Fairuz iaitu...

Donald Trump ‘Tidak Layak’...

WHITE HOUSE hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa Donald Trump 'tidak layak' untuk menyandang...

Edar Dadah: Kontraktor Ke Tali Gantung

GEORGETOWN – Seorang kontraktor dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 2,277.2 gram tahun lepas.

Hakim Datuk Nordin Hasan menjatuhkan hukuman terhadap Abdul Sarthar Abdul Gapor, 30, setelah mendapati keterangan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Abdul Sarthar dituduh mengedar dadah berkenaan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas di sini kira-kira pukul 11.30 malam pada 11 Februari tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Hakim dalam penghakimannya berkata penjelasan pihak pembelaan tidak munasabah apabila tertuduh mendakwa tidak mengetahui kandungan dadah dalam bagasi dibawa sedangkan bagasi berkenaan berat dan terdapat bonjolan ekoran kandungan dadah yang banyak.


“Pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

“Terdapat banyak percanggahan yang tiada penjelasan munasabah,” kata Hakim.

Abdul Sarthar tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap keputusan mahkamah itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izhanudin Alias manakala tertuduh diwakili Peguam, V. Parthipan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori