Friday, October 4, 2024

Creating liberating content

COVID-19: 5,162 Kes Baharu

PUTRAJAYA : Kes harian COVID-19 di negara ini kekal menunjukkan trend penurunan apabila...

Jepun Pantau Kekuatan Skuad...

PETALING JAYA - Kunjungan skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Bawah 16...

Biden, G7 Umum Sekat...

WASHINGTON – Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) bersama negara-negara Kumpulan...

Bayi Rambut Lebat Wajah...

TOKYO - Bayi perempuan rambut lebat yang pernah menjadi perhatian di Internet kini...

Duda Tiga Anak, Remaja Dicekup Di Kedah

ALOR SETAR – Seorang duda tergamak membawa anak perempuannya berusia 11 tahun ke rumah tumpangan untuk bermadu kasih bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, helah mereka terbongkar selepas sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) melakukan serbuan Ops Bersih kira-kira pukul 12.00 tengah malam sekitar bandaraya ini, kelmarin.

Ketika serbuan, duda tiga anak berusia 33 tahun itu bersama pasangannya, seorang jururawat peribadi berusia 27 tahun memaklumkan sudah berkahwin.

Namun, setelah pemeriksaan dilakukan, pihak Jaik mendapati mereka tiada sijil nikah yang sah dan mengubah status sebagai telah bertunang.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pasangan tersebut memberikan alasan bakal berkahwin dan akibat kekangan kewangan ia terpaksa ditangguhkan.

“Mereka mungkin sudah lama bersekedudukan di situ apabila anak perempuannya itu mengaku sering mengikut ayahnya ke kawasan tersebut untuk berjumpa gadis itu.


“Difahamkan, gadis berasal dari Baling itu menyewa di kawasan terbabit sejak beberapa bulan lalu bersama pasangannya,” katanya.

Turut dicekup dalam operasi berkenaan adalah sepasang remaja berusia 19 dan 15 tahun yang juga anak penjawat awam.

Ketika serbuan, remaja perempuan bawah umur itu berada di dalam selimut di atas katil manakala remaja lelaki tersebut lengkap berpakaian.

Menurutnya, walaupun pasangan tersebut dicadangkan berkahwin namun mereka enggan berbuat demikian dengan alasan masih muda.

“Remaja perempuan itu bekerja sambilan di sekitar bandar raya ini dan sudah tidak bersekolah manakala pasangannya berniaga,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori