Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Strategi Pastikan Rakyat Percaya...

KUALA LUMPUR - Pakatan pembangkang akan mewujudkan sebuah Jawatan Kuasa Tindakan 1MDB bagi...

Apa Sebabnya CEO LHDN...

Tulisan: Azwan OmarNOTIS Kebankrapan yang dihadapkan pada mantan Perdana Menteri, YB Datuk Seri...

Bersorak, Menjerit Gembira Sebelum...

GEORGETOWN - Dua suspek sempat bersorak dan menjerit kerana terlalu gembira selepas menembak...

13 Kawasan Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini tidak menunjukkan tanda-tanda...

DuBike: Basikal Pintar Dengan Pelbagai Sensor Terbina

Baidu merupakan salah satu syarikat gergasi internet di China yang menawarkan enjin carian seperti Google dan beberapa perkhidmatan lain.

Tahun ini, mereka mengumumkan akan membina pula sebuah basikal pintar yang menjadi tarikan ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Kini, Baidu telah menerbitkan sebuah laman khusus untuk basikal pintar yang dikenali dengan nama DuBike, memperlihatkan secara kasar rekaan dan fungsi yang akan dibawakan kelak.

beskal

beskal3

beskal1

DuBike ini, dilihat memfokuskan penggunaan pelbagai jenis sensor untuk memudahkan pengguna mengetahui tahap kecergasan dan kesihatan mereka ketika menunggang basikal.

Selain kecergasan, Baidu Bike turut dilengkapi sensor untuk memantau bagaimana anda menunggang basikal, di samping beberapa ciri keselamatan seperti lampu hadapan dan belakang.


Sokongan GPS turut diintegrasikan pada basikal pintar ini untuk tujuan navigasi, selain membolehkan pengguna memantau lokasi semasa basikal untuk mengelakkan kecurian.

Tak perlu mengecas pelbagai komponen pada basikal ini, memandangkan ia akan mengecas sendiri ketika pengguna menunggangnya.

Baidu turut menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk basikal pintar ini bagi membolehkan pengguna mengakses beberapa data berkaitan, di sampingmenggunakannya untuk tujuan sosial – seperti berkongsi destinasi dan sebagainya.

Basikal pintar daripada Baidu ini dijangka akan dipasarkan tidak lama lagi, berkemungkinan seawal penghujung tahun ini.

Sumber: Slashgear

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori