• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Malu Data IPU Kedutaan AS Popular

oleh
12/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Ketika China malu besar apabila kadar jerebu di Beijing masih teruk sepanjang sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini, keadaan lebih parah apabila data indeks pencemaran udara (IPU) mereka juga diragui masyarakat dunia.

Terbaharu, pihak berkuasa mengarahkan sebuah firma aplikasi popular tempatan supaya ‘memadam’ laporan IPU dibekalkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini untuk fungsi suapan data sistem internet semasa sidang APEC berlangsung di ibu kota China itu.

Jurucakap firma teknologi maklumat itu berkata, beberapa hari sebelum APEC berlangsung sehingga berakhir semalam, tiada data IPU dari Kedutaan AS disiarkan sebaliknya pelanggan telefon pintar dan komputer cuma menerima IPU rasmi pihak berkuasa China.

“Kami mohon maaf IPU yang diterbitkan Kedutaan AS disekat daripada sistem perisian,” kata jurucakap Fresh-Ideas Studio, namun pelanggan masih boleh semak bacaan terkini IPU di Beijing menerusi laman web Jabatan Negara AS berpusat di Washington DC.

Lazimnya IPU dikeluarkan pihak China jauh amat rendah berbanding IPU dari Kedutaan AS tetapi rakyat China sendiri selain warga asing di Beijing lebih percaya data IPU dari pejabat diplomatik AS itu kerana ia tepat menggambarkan suasana sebenar pencemaran.

China berikrar menurunkan IPU sehingga 40 peratus sepanjang APEC dengan pelbagai langkah drastik termasuk mengharamkan pembakaran terbuka namun , IPU di Beijing masih lebih 10 kali ganda bahaya daripada paras standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Pada hari terakhir APEC semalam, Kedutaan AS meletakkan bacaan IPU pada 551 iaitu sangat tidak sihat dibandingkan dengan 484 yang diterbitkan pihak China sekali gus memalukan tuan rumah apabila gagal mengawal pencemaran di Beijing. – Agensi

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Beijing menjadi rujukan popular rakyat China dan warga asing bagi mendapatkan data terkini indeks pencemaran udara (IPU) di ibu negara China yang teruk berjerebu sepanjang masa. – Gambar hiasan

 

Tags: BeijingChinaIPUJerebu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

19/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 19 Jun 2026 – Wanita yang tular susulan sebuah klip video ketika berada di China tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd