BROOKLYN Beckham mengikut jejak langkah bapanya, David Beckham bergelar bintang bola sepak selepas menandatangani kontrak dengan pasukan bola sepak Arsenal dan akan mewakili kelab London Utara itu untuk musim akan datang.
Brooklyn, 15, dikatakan sudah lama berhasrat untuk bermain dalam pasukan tersebut dan telah menyinar ketika sesi latihan diadakan.
Sekiranya Brooklyn terus mempamerkan kebolehannya dalam bidang tersebut, kemungkinan besar dia akan mendapat kontrak jangka masa panjang daripada kelab tersebut.
Anak-anak Beckham nampaknya semua sudah menunjukkan kecenderungan minat masing-masing apabila anak kedua pasangan Beckham, Romeo, 12, pun sudah mula menceburkan diri dalam bidang modeling dengan menjadi muka baharu untuk kempen jenama fesyen Burberry.
Selain Brooklyn dan Romeo, David dan Victoria mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Cruz, 9, dan Harper Seven, tiga tahun. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JULIANA JOHARÂÂ

