Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bayi Digigit, Dicakar Semasa...

KES yang melibatkan penderaan bayi semasa dalam jagaan pengasuh boleh dikatakan sudah sangat...

UMNO Tak Akan Bermusuh...

KUALA LUMPUR - Kemelut politik yang berlaku pada hari ini tidak memutuskan hubungan...

Bayi Lelaki Ditemui Di...

KUALA LUMPUR - Bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di perkarangan sebuah...

Bilangan Penjaga Warga Emas...

HULU SELANGOR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Boleh Berbahas Isu Melayu, Jangan Sakiti Kaum Lain

Para perwakilan UMNO yang berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 bebas membangkitkan isu berkaitan orang Melayu tetapi diingatkan jangan membangkitkan perkara yang boleh melukai perasaan kaum lain.

Ketua Bahagian UMNO Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata para perwakilan dilarang daripada membangkitkan isu sedemikian dalam persidangan itu yang bakal berlangsung dari 25 hingga 29 November ini.

Kenyataan Syed Ali itu dibuat berlandaskan kepada peringatan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu perwakilan UMNO tidak menyentuh isu berbaur perkauman dan keagamaan.

BACA – Utamakan Usul Akar Umbi, Bukan Perihal Pemilihan Parti 

“Beliau bersikap adil apabila mengingatkan perwakilan yang mereka boleh berbahas tetapi jangan sampai menyakitkan hati orang lain,” katanya yang dipetik laman portan Malaysiakini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO Wilayah Persekutuan berkata, peringatan sedemikian biasa diberikan kepada para perwakilan parti pada setiap kali Perhimpunan Agung.

Syed Ali berkata, persidangan tahunan UMNO itu merupakan medan paling ideal untuk mendapatkan pendapat dan suara dari peringkat akar umbi parti khususnya dalam isu berkaitan orang Melayu dan Islam.


“Yang itu kita boleh bahaskan kerana ini adalah parti orang Melayu dan ini adalah perhimpunan agung Umno.

“Kalau kita tak bahaskan perkara ini pada perhimpunan agung Umno, bila lagi kita hendak bincangkan?” kata Syed Ali.

Pada 11 November lepas, Pengerusi Jawatankuasa Usul Majlis Kerta Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebanyak 755 usul telah diterima daripada 191 Bahagian UMNO seluruh negara untuk perhimpunan itu.

Daripada jumlah itu, 638 usul adalah untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas serta tiada usul yang dikemukakan ditolak pada tahun ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori