• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belia Felda Perlu Teruskan Kelangsungan Generasi Dinamik

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Golongan belia, iaitu generasi kedua dan ketiga Felda, perlu menghayati sejarah pembangunan agensi itu dalam meningkatkan taraf ekonomi dan mengubah masa depan keluarga peneroka sehingga menjadi entiti terkenal di persada antarabangsa.

Ketua Penerangan Umno Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata golongan belia Felda perlu meneruskan legasi yang dibangunkan oleh orang tua mereka agar kelangsungan Felda terus cemerlang.

“Tidak timbul istilah ‘zon selesa’ dalam kalangan belia Felda ketika ini kerana banyak lagi sumbangan yang perlu mereka lakukan demi meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik di tanah rancangan Felda.

“Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pembangunan di Felda dan sekarang tiba masanya golongan belia Felda meneruskannya sebagai pewaris dan generasi Felda yang dinamik dan berwawasan,” katanya.

Wan Abdul Hakim yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan kursus Membangun Generasi Dinamik (Makna) – Pewaris Kelangsungan Felda di Felda Neram 2 di sini hari ini.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Neram 2 dengan Pejabat Dun Air Putih itu disertai 100 belia untuk slot motivasi dan 700 penduduk Felda dalam ceramah bertajuk ‘Kelangsungan Felda-Apa Sumbangan Kita?’.

Wan Abdul Hakim berkata kerajaan negeri Terengganu juga telah menyediakan banyak peluang untuk belia Felda meningkatkan kemahiran diri melalui pelbagai institusi pengajian tinggi di negeri ini.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha yang dilakukan belia Felda sama ada mahu bergelar usahawan atau menyambung pelajaran kerana dengan perubahan positif ini sahaja mampu menjadikan belia Felda sebagai pemimpin pelapis pada masa depan.

“Paling penting ialah mereka sendiri mahu berubah dan merebut peluang yang disediakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: FeldaUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd