• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengurus Pemasaran Hadapi 10 Tuduhan Buat Tuntutan Palsu

oleh Ahmad Albab
12/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus pemasaran dan saluran SME Telekom Malaysia (TM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu lebih RM822,390.

Noorazlina Shamsuddin, 41, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad.

Wanita itu didakwa membuat tuntutan palsu melalui pesanan penghantaran dan invois milik dua syarikat kontraktor iaitu Core Entity Sdn Bhd dan Excellent Spring Sdn Bhd bagi kerja pemasangan kabel UniFi di beberapa lokasi yang belum dilaksanakan.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan di Pejabat TM MSC, TM Cyberjaya Complex, Cyberjaya dekat sini, antara 17 April 2012 hingga 2 Jan 2013.

Noorazlina didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Mohammad Heikal Ismail  mencadangkan  tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 bagi kesemua kesalahan selain pasportnya diserah kepada mahkamah.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan dia tidak mempunyai sumber pendapatan kerana tidak bekerja.

Wanita itu juga berkata dia hanya membawa RM5,000 yang dipinjam daripada orang lain dan memberi jaminan tidak akan melarikan diri.

Hakim Noradidah menetapkan jaminan RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 10 Dis ini untuk sebutan semula kes, selain memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai. – BERNAMA

Tags: kes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd